script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib: Kuota 20 Peratus PPR Pekan Bantu Warga DRB Miliki Kediaman


PEKAN: Warga DRB-Hicom di Pekan menyifatkan pemberian kuota khas sebanyak 20 peratus daripada unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di sini yang bakal siap dalam tempoh tiga tahun, sebagai penyelesaian kepada permasalahan perumahan yang mereka hadapi sebelum ini.

Bagi seorang kakitangan syarikat itu, Zainizam Daud, 43, pengumuman yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga DRB-HIcom dan Pelancaran Projek PPR hari ini amat membantu semua pekerja kilang di sini yang masih tidak memiliki kediaman sendiri.

"Kita tahu untuk memiliki sebuah rumah pada masa kini memerlukan kemampuan kewangan yang tinggi menyebabkan masih ramai yang menyewa rumah kerana tidak mampu memandangkan kebanyakan yang bekerja di sini hanya sebagai operator kilang.

"Kami amat bersyukur dengan kuota yang diberikan dan ia adalah peluang berharga kepada pekerja yang mengimpikan kediaman sendiri.

"Kami juga berterima kasih dengan bayaran insentif sebanyak RM500 yang akan diberikan pada 30 April ini, kami amat bersyukur atas segala kemudahan yang diberikan," katanya ketika ditemui Bernama di sini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.