script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Calon PAS, Andansura Rabu Mahu Tumpukan Isu Pemilikan Tanah Di Beserah


KUANTAN: Isu pemilikan tanah yang tidak mendapat hak milik walaupun lebih 30 tahun mendiami tapak berkenaan menjadi agenda utama calon Pas bagi kerusi Dun Beserah (N12), Andansura Rabu pada PRU14.

Andansura berkata, sebagai penyandang, beliau mendapat banyak rungutan daripada penduduk terutama di kawasan Chendor, Cerating dan Sungai Ular.

Menurutnya, isu tersebut sudah lama berlarutan sehingga pemohon asal sudah meninggal dunia.

“Kebanyakan yang tinggal adalah generasi kedua dan ketiga yang masih menanti pemilikan tanah diberikan.

“Justeru, saya melihat perkara ini perlu diselesaikan kerana mereka pemilikan tanah amat penting kepada penduduk terutama yang sudah bermastautin lebih 30 tahun lalu,” katanya di sini.

Sementara itu, berhubung pertembungan tiga penjuru di Dun Besera , Andansura menganggap situasi itu memberi peluang sama rata kepada semua calon.

Bagaimanapu,  katanya, kemenangan pastinya bergantung kepada parti yang bekerja kuat dan jentera yang sentiasa komited turun padang.

“Gerak kerja itu sudah dilakukan sejak dulu dan kita cukup kenal dengan pengundi di Beserah.

“Saya harap jentera parti Pas terus bekerja demi memastikan kemenangan terus menjadi milik kita,” katanya.

Dun Beserah menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pas , BN dan PKR. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.