script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penerbangan Awam (CAMM) Nafi Dakwaan Tun Mahathir, Pesawat Di Sabotaj


KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) menolak dakwaan sabotaj terhadap pesawat yang sepatutnya menerbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Subang ke Langkawi semalam.

Pengerusinya Datuk Azharuddin A.Rahman berkata pesawat jenis Bombardier Challenger CL60 yang dikendalikan oleh Vista Jet Limited tidak dapat diterbangkan ekoran masalah teknikal yang kecil dan rutin iaitu kebocoran udara di roda kiri pada muncung pesawat.

"Hari ini kami telah melakukan pemeriksaan menyeluruh, termasuk pengesahan dokumentasi, pemeriksaan fizikal terhadap pesawat, dan menemubual juruterbang serta petugas penyelenggaraan pesawat persendirian itu," katanya dalam satu kenyataan.

Pemeriksaan terhadap dokumentasi pesawat itu tidak menunjukkan sebarang kecacatan kecuali kebocoran udara di roda kiri yang dicatatkan oleh petugas penyelenggaraan pada 27 April.

Tekanan pada roda itu adalah rendah dan setelah diisi udara paras tekanan tetap menurun pada 2psi setiap minit, katanya sambil menambah bahawa tayar simpanan pula tidak ada untuk menggantikanya.

"Dakwaan sabotaj terhadap sesebuah pesawat adalah serius dan boleh menjejaskan reputasi penerbangan Malaysia serta negara secara keseluruhan," katanya.

Malam tadi , CAAM telah diarahkan menyiasat dakwaan Dr Mahathir bahawa penerbangannya dibatalkan sejurus sebelum berlepas kerana juruterbang mengesan sedikit kerosakan pada pesawat dan pembaikan segera tidak dapat dilakukan.

Bekas perdana menteri itu yang ketika itu hendak menaiki pesawat berkenaan ke Langkawi bagi proses penamaan calon Pilihan Raya ke-14 mendakwa pesawat itu mungkin disabotaj. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.