script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Takiyuddin: PAS "Pecat Nik" Omar Kerana Bertanding Atas Tiket PKR !


KOTA BHARU: PAS memecat keanggotaan anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz kerana bertanding sebagai calon PKR-Amanah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Keputusan itu diambil selepas saya mengadakan perbincangan dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan di sini, hari ini.

Nik Omar terlibat dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Chempaka, kubu kuat PAS yang pernah diwakili bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ditentang Mohamed Fareez Noor Amran yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon PAS Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad, yang menggantikan Nik Abdul Aziz di DUN tersebut.

Takiyuddin berkata PAS tidak terkejut dengan kemunculan Nik Omar sebagai calon pakatan pembangkang kerana telahpun menghidu kemungkinan anak kedua arwah Nik Abdul Aziz itu akan diturunkan bertanding di mana-mana kerusi di negeri ini.

Dalam pada itu, katanya kemunculan Nik Omar sebagai calon parti lawan di DUN Chempaka dilihat bercanggah dengan perjuangan ayahnya sendiri, mengetepikan restu ibunya selain berbeza haluan dengan adiknya Nik Mohamad Abduh yang juga anggota jawatankuasa PAS Pusat.

"Tetapi dia perlu ingat bahawa PAS akan menentang beliau dengan apa jua cara sepertimana parti lawan lain walaupun sebelum ini dia pernah bersama PAS," katanya.

Mengulas perkara sama Menteri Besar Kelantan yang juga calon PAS di DUN Pasir Pekan Datuk Ahmad Yakob berkata sesiapa sahaja bebas bertanding termasuk Nik Omar asalkan mempunyai kelayakan yang ditetapkan sebagai calon.

Dalam pada itu, Nik Omar berkata keputusan beliau bertanding di kerusi tersebut atas tiket PKR-Amanah bagi meneruskan legasi politik ayahnya di kawasan tersebut.

"Saya ingin menyumbang kepada sebuah negeri dengan lebih baik dan sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi masing-masing boleh memberi peluang kepada rakyat untuk memilih calon atau parti yang digemari," katanya.

Katanya walaupun pendiriannya itu tidak sehaluan dengan perjuangan ayah dan adiknya Nik Mohamad Abduh namun hubungan dengan adik-beradik yang lain tidak terjejas dan masing-masing menghormati keputusan yang dibuat.

"Hubungan wajib kita jaga, selisih pendapat itu kerana rambut tidak sama tetapi kita hormat menghormati. Ambo (saya) doakan adik ambo Nik Abduh berjaya di kerusi Parlimen Bachok yang ditandinginya dan ambo yakin dia juga turut mendoakan kejayaan ambo di DUN Chempaka," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.