script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pakatan Harapan Akan Pilih Calon MB Terengganu, Selepas Menang !


KUALA TERENGGANU: Pakatan Harapan (PH) Terengganu hanya akan membicangkan calon Menteri Besar selepas gabungan pembangkang itu berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei nanti.

“Saya rasa perkara itu tidak timbul dan bukan menjadi satu perkiraan kepada gabungan parti pembangkang sekarang, tetapi apa yang berlaku atas keperluan PH yang perlu ditangani dan calon Menteri Besar itu bukan isu yang perlu kita tangani waktu sekarang,” kata Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah selepas pengumuman calon gabungan pembangkang itu hari ini.

“Apa yang penting kita akan pastikan kita, PH menang terlebih dahulu. Kita memang ada harapan yang agak realistik untuk menang kerana saya tengok 9 hingga 12 bulan lepas banyak perubahan telah berlaku, bukan (hanya) di kalangan ahli Umno, tetapi PAS sendiri dengan tertubuhnya PH.”

Beliau yakin aura Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mampu memberi kemenangan kepada PH di Terengganu.

Mengenai kemungkinan PH membentuk kerajaan bersama PAS atau BN, Raja Bahrin berkata, ia hanya spekulasi yang tidak mungkin berlaku.

“Saya rasa itu satu spekulasi kerana ini mungkin akan menjadi satu perkara merumitkan dan mengelirukan rakyat,” kata calon PH di Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Batu Burok itu.

Sementara itu, Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berkata fokus utama PH ialah memastikan Dr Mahathir dapat menjadi perdana menteri, bukannya membincangkan calon menteri besar.

“Sebenarnya kedudukan siapa Menteri Besar kita putuskan selepas pilihan raya. Kita tak pernah bincang, yang kita bincang sekarang kalau kita menang, perdana menteri dan timbalan perdana menteri ialah Dr Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.” #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.