KUALA LUMPUR: Tan Sri M Kayveas hari ini secara mengejut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) dan Penasihat Kerajaan Negeri Perak.
Beliau mengumumkan perkara itu di akaun Twitternya sebentar tadi.
Tindakan itu susulan kekecewaannya gagal mendapatkan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas bertungkus-lumus menggerakkan jentera di kawasan itu sekian lama bagi menghadapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menurut Kayveas peletakan jawatannya itu berkuat kuasa kelmarin, 23 April.
Sebelum ini media melaporkan, MyPPP akan mempertimbang semula keahliannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).
Secara tradisinya, kerusi Parlimen Highlands diperuntukkan kepada MIC dan kelmarin sah bahawa kawasan itu bakal ditandingi oleh Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivaraajh. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan