script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib: "Saya Tetap Setia Dan Tidak Pernah "Ambil Mudah" Penduduk Pekan"


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tetap setia dan tidak pernah mengambil mudah terhadap kawasan serta penduduk Parlimen Pekan.

Najib yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk penggal ke-10 berkata beliau akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dan bekerja kuat supaya pengundi dapat melihat sendiri apa yang diusahakan dan dicapai, dan membuat keputusan di peti undi berdasarkan pencapaian tersebut.

"Sebagai Ahli Parlimen Pekan, saya menyimpan harapan cukup besar untuk memastikan kebajikan setiap penduduk Pekan terjaga dan untuk Pekan terus membangun maju dan berjaya."

"Hari ini impian dan harapan tersebut telah dapat dicapai, Pekan cukup pesat membangun dalam pelbagai bidang, daripada pendidikan sehinggalah ke pekerjaan," kata Najib menerusi catatan di laman blog www.najibrazak.com, hari ini.

Katanya siapa sangka kawasan kecil seperti Pekan mempunyai Institut Pengajian Tinggi seperti Kampus Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Automotif DRB-Hicom selain menjadi pilihan kilang-kilang syarikat terkemuka dunia beroperasi seperti Mercedes-Benz, Volkswagen, Isuzu dan Suzuki yang menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Malah saya cukup berbangga Kilang Mercedes-Benz di Pekan ini adalah kilang pertama di luar negara Jerman yang diberi kepercayaan untuk memasang model paling mewah Mercedes-Benz iaitu S-Class!," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.