script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pakatan Harapan 'Tekad' Menang PRU-14, Kembalikan Kuasa Rakyat !


PERMATANG PAUH: Pakatan Harapan (PAKATAN) bertekad memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi mengembalikan kuasa rakyat yang tidak diperoleh di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, kemenangan itu penting supaya PAKATAN mampu melaksanakan menerusi prinsip keadilan yang membawa kebaikan untuk semua dan mengangkat martabat rakyat.

“Ia membawa maksud kita mahu menang supaya rakyat dapat menjadi ‘Yang Berhormat’ dalam erti kata sebenar.

“Kita mahu menang untuk menunaikan janji dalam 100 hari supaya kemelut ekonomi dihadapi rakyat menerusi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dapat dimansuhkan secara berperingkat.

“Komitmen kita untuk mengangkat darjat ekonomi, sosial, pendidikan dan yang lain seterusnya memberi peluang pekerjaan untuk anak muda,” katanya dalam Majlis Bertemu Rakyat bersama Azmin Ali di Keadilan Square di sini, semalam.

Beliau berkata, anak muda masa kini tidak mendapat peluang secukupnya di bawah Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno-BN dengan lapan daripada sepuluh peluang diperoleh tenaga kerja asing.

Bagaimanapun, katanya, rakyat perlu memberi sokongan kerana bakal berhadapan dengan jentera Umno-BN yang penuh berliku kerana mahu memberi kelebihan melalui beberapa saluran termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkannya.

“Simbol KEADILAN untuk menyelamatkan gabungan PAKATAN atas ketidakadilan Umno-BN menafikan hak parti untuk mengguna pakai simbol mereka.

“Kita jawab panggilan keadilan kerana dipilih untuk memperjuangkan nasib rakyat dan negara,” katanya PAKATAN telah berkemampuan mentadbir melalui Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, langkah seterusnya bagi PAKATAN adalah berkaitan pembebasan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Jun nanti. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.