script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Guru & Anak Murid Tekad Untuk Menjaga Kawasan Parlimen Paya Besar


KUANTAN: Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah, diberi kepercayaan untuk 'bergandingan' dengan bekas gurunya, Datuk Mohd Zaili Besar bagi mempertahankan Parlimen Paya Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mohd Shahar Abdullah, 38, dipilih sebagai calon muka baharu kerusi Parlimen Paya Besar, manakala Mohd Zaili pula akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panching.

Parlimen Paya Besar mempunyai tiga DUN iaitu Panching, Lepar dan Sungai Lembing - kesemuanya dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Penyandang kerusi Parlimen Paya Besar adalah Datuk Seri Abdul Manan Ismail yang meninggal dunia pada Februari lalu.

"Saya anggap diri saya bertuah kerana dapat bergandingan dengan bekas guru dan menyifatkan beliau sebagai individu yang tidak pernah jemu menabur bakti kepada rakyat.

"Beliau (Mohd Zaili) adalah guru saya di Sekolah Kebangsaan (SK) Panching Selatan dan saya berbesar hati mengikut jejak langkah menjadi ahli politik dan bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Beliau menyatakan sokongan kepada saya sebaik mengetahui terpilih sebagai calon. Beliau tidak kisah bekas anak muridnya bertanding Parlimen sedangkan beliau di DUN ," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sebagai muka baharu, Mohd Shahar berkata, beliau memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak untuk meneruskan rekod kecemerlangan Allahyarham Abdul Manan.

"Ini adalah amanah dan tanggungjawab besar untuk saya pikul terutama bagi meneruskan apa yang sudah dilakukan oleh penyandang terdahulu, namun saya percaya dengan sokongan dan kerjasama ahli parti, gerak kerja kempen akan berjalan dengan baik.

"BN bukanlah parti baharu dalam memperjuangkan nasib rakyat di kawasan (Parlimen) Paya Besar. Kami bekerja keras dan saya kira rakyat menyedari perkara itu.

"Justeru, saya berazam untuk membawa isu di peringkat akar umbi supaya mereka mendapat pembelaan," katanya.

Sementara itu, calon muka baharu Parlimen Indera Mahkota, Datuk Dr Johan Mat Sah menggunakan pendekatan bersemuka dalam meraih sokongan pengundi.

Beliau yang juga mendapat gelaran 'doktor rakyat' juga akan cuba yang terbaik bagi merampas semula kerusi Parlimen berkenaan daripada pembangkang.

"Saya berharap semua jentera kempen bersatu padu dan bekerja sama sepanjang tempoh berkenaan bagi memastikan kita berjaya meraih sokongan pengundi," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.