script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ketua AMK Kapar, 'Umum' Keluar Parti Untuk Cabar Azmin PRU14 !


GOMBAK: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kapar, Ahmad Kamarudin akan mencabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan keluar parti berkuat kuasa semalam serta menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan bertanding menggunakan tiket parti berkenaan.

Katanya, beliau yang berjuang bersama PKR sejak lebih 20 tahun lalu hilang kepercayaan kepada parti yang gagal membela rakyat dan bersekongkol dengan musuh.

Beliau berkata, sejarah penubuhan PKR adalah untuk menentang Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini memperalatkan parti itu untuk kepentingan sendiri.

“Jika dulu kita memperjuangkan slogan antiMahathir, kini mengagungkan pemimpin itu dengan melaungkan Hidup Mahathir.

“Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga terlalu lemah untuk mentadbir parti dan Azmin mengambil kesempatan atas kekurangan itu,” katanya di Bukit Antarabangsa di sini, semalam.

Turut hadir Presiden PRM, Ariffin Salimon yang turut mengesahkan parti itu akan mencalonkan Ahmad di DUN Bukit Antarabangsa.

Mengenai keputusan mencabar Azmin di DUN Bukit Antarabangsa, beliau berkata, kerosakan Selangor bermula di kawasan itu dan ia perlu diperbetulkan demi kepentingan rakyat. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pahang Melonjak Daripada Kelompok Tiga Negeri Terbawah Kepada Kedudukan Keempat Terbaik Negara Dari Segi KDNK

KUALA LIPIS: Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.