MARAN: Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini mengeluarkan kenyataan supaya Barisan Nasional (BN) Maran segera memasukkan agenda pembinaan interchange (Exit LPT Jengka - Pekan Awah) ke dalam Manifesto parti itu pada PRU14 ini.
Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli yang mengeluarkan kenyataan tersebut berkata sudah tiba masanya isu yang telah sekian lama mereka perjuangkan itu di angkat dan menjadi agenda rakyat sekiranya BN mahukan sokongan undi daripada pengundi muda pada PRU ini.
Beliau berkata demikian susulan tindakan BN Temerloh memasukkan agenda "Pembinaan Interchange LPT - Kampung Batu Kapur " ke dalam manifesto mereka. Pelancaran manifesto BN Temerloh itu telah dibuat oleh Pengerusi BN Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin di Dewan UMNO Bahagian Temerloh di sini hari ini.
Yang hadir sama calon baharu BN di kerusi DUN Kuala Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin dan di kerusi DUN Mentakab, Datuk Wong Tat Chee.
"Biar pun ia nampak tidak logik kerana Temerloh sudah mempunyai interchange (Exit LPT) di Paya Keladan yang jaraknya tidak terlalu jauh dengan Kampung Batu Kapor, namun apa yang terkandung dalam manifesto ini jelas untuk menarik sokongan rakyat supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU14 ini', kata Shukri.
"Jarak Exit Chenor ke Exit Maran sekitar 33 KM iaitu jarak perjalanan yang paling jauh antara semua interchange di LPT (Karak-Kuantan). Malah jarak ke lokasi iailah 15KM dari Plaza Tol Chenor dan 13KM dari Plaza Tol Maran. Maka sebuah interchange baru wajar di bina di KM160, berhampiran laluan flyover Jengka 5 - Pekan Awah", tambah beliau lagi
Pada masa ini penduduk di kawasan sekitar Jengka 2, 3, 4, 5, 6, 7, Hulu Jempol, Pekan Awah, Pejing dan sekitarnya terpaksa menggunakan Exit Maran atau Exit Chenor untuk melalui kawasan ini. Justeru, pembinaan Interchange Jengka - Pekan Awah ini dapat memberi kemudahan kepada ribuan pengundi dari tiga DUN iaitu Luit, Kuala Sentul dan Chenor yang melalui jalan ini sebenarnya.
"Sudah bertahun-tahun kami perjuangkan isu ini, makanya sudah tiba calon BN bagi kerusi Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Muttalib bersama calon DUN kawasan Maran mengambil perhatian terhadap perkara ini. Ingatlah, pengundi muda yang akan pulang membuang undi pada PRU14 ini juga akan memberi kemenangan kepada calon", katanya.
"Kita mahukan keperluan ini disegerakan demi kemudahan penduduk. Ia bukan sahaja boleh digunakan oleh generasi muda, malah semua generasi dapat mengambil peluang. Malah, ia turut akan merancakkan ekonomi masyarakat di kawasan ini kelak", tambahnya.
Beliau turut berkata, Jika BN Maran tidak mampu untuk mendengar suara rakyat ini, maka kami mengegsakan parti-parti lain seperti PAS dan Pakatan Harapan (PH) untuk membawa agenda ini agar ia sampai kepada pusat kelak. Siapa yang menang, mereka harus laksanakan demi rakyat. #PDO







Tiada ulasan:
Catat Ulasan