script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ahli Parlimen Temerloh 'Kesal' Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

 


TEMERLOH - Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor kesal atas tindakan kerajaan negeri Pahang yang telah mengarahkan pembatalan penggunaan Dewan Tun Razak Temerloh bagi tujuan Jamuan Kesyukuran Parlimen Temerloh kurang daripada tempoh 24 jam tanpa sebarang penjelasan yang munasabah.

Tindakan berkenaan menyebabkan perubahan lokasi majlis ke lokasi lain iaitu pekarangan Surau Al-Khairiah, Seberang Temerloh pada Rabu.

Menurutnya, pembatalan itu adalah arahan daripada kerajaan negeri terus kepada pihak Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Temerloh secara lisan tanpa ada apa-apa pengarahan rasmi secara bertulis.

"Saya secara peribadi ingin melahirkan penghargaan kepada pihak MPT yang telah memberikan kebenaran awal untuk penggunaan dewan tersebut.

"Saya juga telah berkomunikasi terus dengan YDP Majlis Perbandaran Temerloh untuk meminta penjelasan tentang perkara ini.

"Namun maklum balas yang diterima bahawa pembatalan ini adalah arahan daripada kerajaan negeri secara terus kepada pihak YDP secara lisan tanpa ada ada apa-apa pengarahan rasmi secara bertulis.

"Saya juga telah beberapa kali cuba berhubung dengan pihak Menteri Besar Pahang, namun tidak dapat sebarang maklum balas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau mendesak kerajaan BN-PH Pahang untuk memberikan penjelasan mengapa tempahan itu dibatalkan dalam tempoh kurang 24 jam.
"Pihak kami telah mengikut prosedur tempahan dan membayar wang deposit tempahan seperti yang telah ditetapkan.

"Apakah kerana kami parti dan rakyat Temerloh yang tidak menyebelahi pihak kerajaan BN-PH Pahang menyebabkan kami dinafikan hak untuk menggunakan dewan ini," tegas Salamiah lagi. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.