script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mantan MB Pahang 'Tok Nan' Menerima Ijazah Undang-Undang Di Usia 72 Tahun

GOMBAK -  Minat pada ilmu pengetahuan menjadi pendorong utama kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob sehingga berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai itu menerima skrol ijazahnya daripada Rektor UIAM, Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan muncul sebagai salah seorang pelajar terbaik program pada usia 72 tahun.

Adnan, ketika ditemui selepas konvokesyen tersebut menjelaskan, walaupun telah memiliki Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya (UM) di usia mudanya tetapi atas faktor minat terhadap ilmu, beliau menyambung pengajian dalam bidang perundangan pula.

“Sebenarnya saya juga sebelum ini pernah mengikuti program undang-undang di UIAM pada tahun 1984 dan termasuk dalam kumpulan kedua tetapi tidak tamat sebab saya dipanggil bertanding pada pilihan raya tahun 1986.

“Tetapi pada tahun 2016, saya telah menyambung semula belajar dan alhamdulillah walaupun mengambil masa enam tahun (dan) tiga tahun cuti belajar, saya akhirnya dapat menamatkan pelajaran.

“Saya bersyukur kerana berjaya memperolehi keputusan yang baik dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.62. Saya termasuk dalam senarai (penerima) sijil Rektor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen UIAM yang ke-38 sidang ketiga di sini.

Dalam majlis itu, seramai 414 orang graduan menerima ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang (AIKOL) manakala 199 lagi menerima ijazah sarjana muda seni bina dan reka bentuk alam sekitar (KAED).

Majlis Konvokesyen UIAM berlangsung selama lima hari bermula 3 hingga 7 Disember.

Dalam Majlis Konvokesyen UIAM ke-38 ini, seramai 5,189 graduan menerima skrol masing-masing melibatkan 17 kuliyyah dalam pelbagai bidang pengajian di peringkat doktor falsafah, ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda.

Adnan sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pahang selama 19 tahun menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob pada 25 Mei 1999.

Anak kelahiran Bentong itu juga menjadi wakil rakyat selama 36 tahun dan pertama kali bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada tahun 1986.

Beliau mengumumkan persaraannya pada 12 Oktober lalu semasa Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Pahang Ke-14. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.