script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang Peruntuk RM103.8 Juta Selesaikan 'Masalah Air' Di DUN Tioman !

 

ROMPIN - Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM103.8 juta bagi pelaksanaan tujuh projek untuk mengatasi masalah bekalan air bersih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, kata Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail.

Dua daripada tujuh projek itu juga telah siap dilaksanakan iaitu, Loji Rawatan Air (LRA) Sepayang bagi meningkatkan tekanan air, pada bulan lepas dan projek membekal air terawat di Kampung Merlak, pada April lepas.

Sementara lima lagi projek masih dalam proses prapembinaan iaitu membina dan menyiapkan LRA Sepayang Fasa Dua, pembinaan rumah pam dan tangki sedutan di Tanjung Gemuk, pemasangan paip dari retikulasi LRA Selendang ke tangki perkhidmatan Parit Raja, pemasangan paip merentasi Sungai Anak Endau dan projek bekalan air luar bandar Kampung Tekek di Pulau Tioman.

Semua projek di bawah kelolaan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) itu dijadualkan siap antara Disember 2023 hingga 2025.

"Projek ini bakal memanfaatkan lebih 10,000 penduduk di kawasan DUN Tioman dan ini salah satu usaha kita untuk menyelesaikan masalah air di Pahang, yang dijalankan secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerangan Isu Air Bersih di sini hari ini.

Selain Tioman, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga menyasarkan untuk menyelesaikan 90 peratus masalah bekalan air bersih di Pahang dalam tempoh lima tahun.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah tidak tepat untuk mengatakan kerajaan negeri tidak mengambil berat berhubung masalah bekalan air di negeri ini, namun penyelesaiannya mengambil masa dan perlu dilakukan secara berperingkat.

Keseriusan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah air di Pahang juga menyebabkan kerajaan negeri memperuntukkan RM2.3 bilion, seperti yang dinyatakan Wan Rosdy pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Ogos lepas. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.