script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Dewan, PAS Pahang Kesal Perangai 'Lama' Kerajaan Negeri Tidak Berubah !

TEMERLOH - PAS Pahang membidas sikap kerajaan negeri pimpinan UMNO-DAP yang dilihat tidak mengubah perangai lama dengan melarang fasiliti kerajaan daripada digunakan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pembangkang DUN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu kesal dengan tindakan kerajaan negeri membatalkan tempahan Dewan Tun Razak, Temerloh bagi mengadakan majlis kesyukuran dan meraikan petugas PN serta masyarakat awam di daerah ini semalam. 

Beliau menegaskan, tempahan dan kelulusan penggunaan fasiliti itu telah diberi sebelumnya dan pembayaran sewa juga telah pun dibuat.

“PAS Pahang kesal dengan tindakan kerajaan negeri melalui PBT Temerloh yang membatalkan tempahan Dewan Tun Razak, Temerloh bagi mengadakan majlis Kesyukuran dan meraikan petugas PRU serta masyarakat awam di Temerloh. 

“Perangai lama mereka ini tidak berubah sejak dahulu dan ia menambahkan kemarahan orang ramai,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Cheka itu dalam kenyataan di Facebook.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, dewan orang ramai sepatutnya dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.

Menurutnya, penggunaannya kemudahan awam sepatutnya tidak terhad kepada parti pemerintah sahaja.

“Dewan orang ramai sepatutnya dapat dimanfaatkan oleh orang ramai, sayangnya ia hanya boleh digunakan oleh parti pemerintah sahaja.

“Walaupun PRU lalu menyaksikan PN berjaya memenangi kerusi Parlimen Temerloh dan DUN Semantan dan Lancang,” katanya.

Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Noor dalam kenyataan memberitahu semakan di pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh menyatakan pembatalan tersebut dibuat selepas mendapat arahan terus secara lisan daripada kerajaan Pahang. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.