script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Menteri Komunikasi Digital 'Gesa' Sanusi Disiasat Isu Pengundi Tuntut Duit Minyak

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil menggesa pihak berkuasa menyiasat Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji  Muhammad Sanusi Md Nor atas dakwaan membeli undi.

Ia selepas Sanusi dalam satu ceramah di Padang Serai, Kedah pada Jumaat lalu, membidas penyokong PN yang meminta "duit minyak" untuk pulang mengundi dalam pilihan raya di situ.

Dalam ceramah itu, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PN berkata para pengundi tidak boleh berkira.

"Undi kita penting, jangan kira duit minyak. RM50, RM100, RM200, toksah dok kira.

"(Pihak) yang lawan kita balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika, Australia, duit tambang sekupang pun tak minta. Mereka undi PH, jahanamkan kita.

"Hangpa (minta) RM50...buat video, tunjuk kat korang. Malu!" tegasnya.

Dia juga mendakwa ada yang berjumpa dengan Adun untuk meminta RM50, sambil mengancam untuk tidak pulang mengundi jika tidak menerimanya.

"Hang bodoh," katanya.

Ekoran sikap berkira itu, dakwanya, "kemenangan kita (PN) dirampas begitu saja".

Video dakwa beli undi

Terdahulu, sejumlah video dan gambar yang didakwa menunjukkan ada pengundi yang menerima bayaran kerana mengundi PN, disebarkan di media sosial.

Ia termasuk video yang menunjukkan seorang individu dengan dakwat kekal di jarinya, diiringi kata-kata "RM100 je, hari tu kata RM350".

Video itu turut menunjukkan rakaman di lokasi lain, yang menunjukkan orang ramai menunggu di depan sebuah bangunan dan didakwa sedang menunggu bayaran dari PAS.

Namun, ada yang menyatakan rakaman itu adalah ketika pengagihan bantuan wang tunai i-Belia oleh kerajaan Terengganu sebelum hari mengundi, apatah lagi rakaman itu turut menunjukkan kehadiran polis yang berkawal.

Sebelum ini, Sanusi menafikan PAS memberi wang kepada pengundi pada PRU lalu, dengan berkata parti itu tiada wang sebanyak itu untuk diberikan.

'Polis, SPR patut siasat'

Mengulas ceramah Sanusi itu, Fahmi berkata polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) patut menyiasat pemimpin PAS itu atas kenyataan yang dibuatnya.

"Ucapan dia sangat bahaya dan wajar disiasat.

"Apa yang saya risaukan adalah politik wang semakin menjadi-jadi, seolah-olah dihalalkan dengan (menggunakan) terma atau takrif (tertentu)," katanya

Ketika kempen PRU15, DAP Pulau Pinang juga menawarkan untuk membayar semula tiket bas dan kereta api kepada pelajar yang pulang untuk mengundi.

Bagaimanapun, tawaran itu dibatalkan hanya sehari kemudian ekoran bimbang ia dianggap sebagai langkah membeli undi. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.