script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy: Kemenangan Di DUN Tioman, Bukti Rakyat "Terima" Gabungan BN-PH !


ROMPIN - Kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuktikan rakyat boleh menerima gabungan parti BN dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penerimaan rakyat terhadap gabungan parti blok BN dan PH telah diterjemahkan rakyat selepas calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang dengan majoriti 573 undi.

"Sudah tentu rakyat boleh menerima (gabungan BN-PH) khususnya di DUN Tioman. Kalau tidak mana mungkin kita boleh menang. Ini bermakna mereka boleh menerima secara dengan rasionalnya.

"Saya sudah jelaskan beberapa kali bahawa kerajaan harus ditubuhkan supaya membolehkan kerajaan melaksanakan tugas dan jika tergantung ia akan merugikan rakyat," katanya ketika mengadakan sidang akhbar di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Rompin.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy menyatakan kuota Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Pauang telah lengkap diisi dan Mohd Johari akan menggalas jawatan dan memelihara kesejahteraan rakyat di DUN Tioman.

Sementara itu, Johari menyatakan, manifestasi kerjasama BN dan PH ini telah membawa satu kerjasama erat demi kestabilan politik dan ekonomi serta perpaduan kaum dalam Kerajaan Negeri Pahang.

BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Tioman dengan majoriti tipis 638 undi sahaja.

Johari berjaya menumpaskan empat calon pesaing lain sekali gus, kekal mempertahankan DUN Tioman selama empat penggal berturut-turut. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.