script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Tuntut Peruntukan Sama Rata Untu Ahli Parlimen, Termasuk Pembangkang !

KUALA LUMPUR - PAS menuntut kerajaan perpaduan memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen, termasuk wakil pembangkang.

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, tuntutan itu selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-15.

“Dalam perbahasan Dewan Negara sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) ada kemukakan hujah sekiranya ingin mewujudkan kerjasama baik antara kerajaan dan pembangkang, perkara asas yang perlu diutamakan ialah pemberian peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen secara menyeluruh.

“Kami melihat hubungan simbiotik antara pembangkang dan kerajaan perlu dilaksanakan dengan telus, tanpa syarat seperti yang diamalkan ketika pemerintahan kerajaan PN mahupun kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Jerantut itu berkata, tuntutan berkenaan merupakan satu daripada empat kriteria yang diutamakan PN sebagai pembangkang melalui pendekatan konstruktif, kolaboratif, bertanggungjawab dan setia.

“Empat kriteria yang PN janjikan kepada rakyat penting bagi kepercayaan yang telah diberikan kepada kami.

“Janji ini akan ditunaikan melalui perbahasan lebih efektif, membina, membangun polisi-polisi yang menguntungkan rakyat dan mestilah jujur dalam tanggungjawab sebagai suara rakyat.”

Katanya, agenda transformasi institusi Parlimen seperti pemerkasaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan jawatankuasa lain wajib diutamakan bagi memastikan pentadbiran kerajaan berasaskan integriti dan kepentingan rakyat, menolak budaya rasuah, kronisme serta monopoli.

“PN akan memastikan empat pendekatan ini dilaksanakan dengan efektif untuk kami memainkan peranan semak dan imbang yang berkesan dan menguntungkan rakyat dan negara.”

Selasa lalu, Khairil dilaporkan berkata, PN sedang menyusun “Kabinet bayangan” untuk menjadi semak dan imbang kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Katanya, selain memberi sokongan kepada Kabinet, pembangkang juga boleh memainkan peranan penting dalam menggerakkan agenda transformasi Parlimen. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.