script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Buaya: Penduduk Di Sekitar Sungai Belat, Sungai Kuantan 'Di Nasihat' Berwaspada !

 

KUANTAN - Penduduk di sekitar Sungai Belat dan Sungai Kuantan di sini, dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mengambil tindakan sendiri jika terlihat buaya pada musim tengkujuh ini.

Pengarah Perhilitan Pahang Rozaidan Md Yasin, berkata kejadian air pasang dan banjir yang menyebabkan air sungai melimpah, membolehkan reptilia itu keluar dari habitat asalnya.

Menurutnya, kejadian limpahan Sungai Air Hitam, iaitu anak Sungai Belat dipercayai punca seekor buaya dikesan berada atas jalan di Kampung Air Hitam berhampiran Sri Damai di sini, pada Isnin lalu, dan gambar reptilia itu ditularkan di media sosial, semalam.

“Pemantauan pihak kami pada 13 Dis mendapati buaya itu tiada di lokasi terlibat. Bagaimanapun, penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berwaspada kerana anak sungai itu adalah habitat kepada buaya,” katanya menerusi kenyataan.

Rozaidan berkata, selain Sri Damai dan Air Hitam, penduduk kawasan Inderapura, Sungai Isap, Kampung Belukar, Kampung Kurnia dan kawasan berhampiran tali air Kampung Razali serta Kampung Jawa juga perlu berwaspada.

Penduduk dinasihatkan mengelak daripada melakukan aktiviti berhampiran sungai dan memastikan terdapat jarak yang sesuai untuk memberikan masa dan peluang menyelamatkan diri jika terserempak dengan buaya.

“Berhati-hati jika menaiki bot dan seboleh-bolehnya posisikan diri di tengah-tengah bot serta buatkan bunyi bising kerana reptilia berkenaan menjadi kurang selesa sekali gus akan menjauhi bot.

“Jangan menghampiri sarang atau cuba menangkap anak buaya. Naluri keibuan buaya sangat kuat dan akan bertindak ganas jika diganggu,” katanya.

Rozaidan juga menasihatkan penduduk untuk menggunakan lampu suluh semasa berada berhampiran air di waktu malam, bagi memudahkan mereka mengesan kehadiran reptilia itu yang matanya akan berkilau apabila disuluh.

Penduduk yang mengesan haiwan itu juga dinasihatkan agar tidak menghampirinya dan menghubungi segera Perhilitan di 09-5733811 atau hotline di 1-800-88-5151. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.