script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mangsa 'Banjir' Di Pahang, Terengganu, Johor Menurun, Perak & Kelantan Kekal

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di lima negeri menunjukkan tanda positif setakat petang Khamis apabila jumlah mangsa di Pahang, Terengganu dan Johor menurun manakala Perak dan Kelantan masing-masing kekal.

Di PAHANG, banjir di daerah Bera pulih sepenuhnya apabila semua sembilan mangsa terakhir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kerayong dibenarkan pulang ke kediaman mereka pada Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang melaporkan perkembangan itu menjadikan hanya Pekan terjejas banjir setakat petang ini, dengan sebuah PPS iaitu di SK Sinar Mutiara di Sungai Miang beroperasi bagi menempatkan 142 mangsa daripada 36 keluarga.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir pada petang ini menurun kepada 37 orang daripada 10 keluarga berbanding 61 orang daripada 13 keluarga pagi Khamis, menurut kenyataan Sekretariat JPBN Terengganu.

Ketika ini, Kuala Terengganu menjadi satu-satunya daerah yang terkesan apabila PPS SK Atas Tol dibuka semula dengan menempatkan kesemua mangsa petang ini manakala banjir di daerah Hulu Terengganu pulih dengan penutupan PPS terakhir iaitu Balai Raya Kampung Kemat, pada jam 2 petang Khamis.

Mangsa banjir di JOHOR berkurangan kepada 91 orang setakat 4 petang tadi berbanding 178 orang pagi tadi, susulan penutupan dua PPS di daerah Kota Tinggi pada 1 tengah hari tadi iaitu Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Bandar Penawar, menurut Sekretariat JPBN.

Empat lagi PPS masih dibuka melibatkan tiga di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Kampung Tasek manakala satu PPS di Mersing dibuka di Sekolah Agama Pangkalan Batu pada jam 12.30 tengah malam tadi melibatkan tiga keluarga.

Di KELANTAN, seramai 2,019 mangsa banjir daripada 637 keluarga di jajahan Pasir Mas sedang ditempatkan di tujuh PPS petang ini, dengan jumlah itu kekal sama seperti direkodkan pagi Khamis

Sekretariat JPBN Kelantan memaklumkan, 712 mangsa berlindung di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong (47), SK Gual Periok (544), Masjid Mukim Padang Licin (69), PPS Putat Tujoh (157), SK Kubang Kual (256) dan SK Sri Kiambang (234).

Sekretariat JPBN PERAK memaklumkan jumlah mangsa banjir petang ini kekal 104 orang daripada 25 keluarga sejak jam 8 pagi Khamis yang ditempatkan di tiga PPS iaitu SMK Abd Rahman Talib dekat Hilir Perak; SK Padang Serai di Manjung; dan Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali di Perak Tengah. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.