script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sebutan Kes "Saman RM1 Juta" Terhadap CMK Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

TEMERLOH - Sebutan kes saman fitnah RM1 juta terhadap aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli oleh Kerajaan Pahang akan bersambung pada Februari 2023 ini.

Demikian ditegaskan oleh Peguam Mohd Harris Mohan dari The Law Office of Mohd Harris Raub. yang mewakili defendan Mohd Shukri yang dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK). 

Sementara itu, kerajaan Pahang pula diwakili oleh Hidayah Ishak & Partners. 

Defendan didakwa membuat hantaran berunsur fitnah terhadap Kerajaan Pahang, dengan membuat hantaran di facebook beliau yang mengaitkan pembalakan jadi punca banjir yang melanda kawasan Bentong pada Disember 2021 lalu.

Melalui Perintah yang dibuat pada 5 Oktober 2022, Kerajaan Pahang telah diarah oleh Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Yang Arif Roslan Mat Nor mengarahkan Kerajaan Pahang membekalkan tiga dokumen dalam tempoh tujuh hari bagi prosiding perbicaraan kes sebelum ini. 

Dokumen tersebut ialah Garis Panduan Jabatan Alam Sekltar berkenaan Pembalakan terkini yang tergunapakai di negeri ini.

Kedua, Laporan Penilaian Dampak Alam Sekitar di Negeri Pahang Darul Makmur yang terkini. Dan satu lagi dokumen ialah Pelan Pengurusan Alam Sekitar di Pahang yang terkini.

Kesemua dokumen itu perlu disediakan dalam dalam tempoh 7 hari bermula 5 Oktober 2022 yang lalu. 

"Setakat semalam Defenden hanya sediakan dua dokumen sahaja. Laporan Dampak belum dibekalkan. Kami mahu kesemua dokumen tersebut disediakan. Kegagalan berbuat demikian hendaklah dianggap sebagai Negeri Pahang  menghina mahkamah," kata Mohd Harris.

Sementara itu, Mohd Shukri ketika dihubungi berkata beliau berharap kes tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Saya banyak urusan lain yang perlu diuruskan. Saya dituduh berbagai-bagai kerana membantu MB Pahang pada PRU-15 dan DUN Tioman baru-baru ini. Kononnya kes ini telah dibatalkan. Malah, peguam Hidayah pada satu majlis ketika kempen PRU-15 baru-baru ini juga mendakwa konon saya merayu kes ditarik balik.

"Walhal apa yang berlaku sebaliknya, kes ini terus berjalan. Tiada surat rasmi penarikan kes pun yang kami terima daripada peguam terbabit, jika benar dakwaan beliau," kata Shukri.

Justeru beliau berharap prosiding kes ini berakhir segera kerana dia ada banyak urusan lain yang lebih penting perlu diuruskan. #PahangDaily

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.