script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jika Ada Maruah Isytihar Sahaja PN Tak Boleh Guna Fasiliti Kerajaan Di Pahang !

 

MARAN - Kerajaan Pahang dicabar mengisytiharkan peraturan melarang fasiliti kerajaan daripada digunakan Perikatan Nasional sebagai tanda kerajaan tersebut benar-benar mempunyai maruah dan integriti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin berkata, langkah itu juga akan memudahkan penjawat awam pun menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka.

“Kalau Menter Besar UMNO-DAP mempunyai maruah dan integriti istiharkan saja Perikatan Nasional dilarang menggunakan fasilities dan kemudahan kerajaan. Hanya DAP sahaja yang dibenarkan.

‘Penjawat awam pun mudah untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Beliau mengulas tindakan menarik balik kebenaran penggunaan Dewan Tun Razak Temerloh kepada Perikatan Nasional bagi mengadakan jamuan kenduri rakyat.

Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Noor dalam kenyataan memberitahu semakan di pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh menyatakan pembatalan tersebut dibuat selepas mendapat arahan terus secara lisan daripada kerajaan Pahang.

Jasri berkata, tindak-tanduk kerajaan UMNO-DAP Pahang jelas menggambarkan minda mereka masih ditakuk lama.

“Jangan menafikan hak pengundi-pengundi Melayu kepada Perikatan Nasional. Rakyat Melayu Pahang adalah ‘Puak Beraja’.

“Kamu diberi mandat dan amanah oleh Istana untuk mentadbir secara profesional, jujur dan saksama. Menafikan hak mereka samalah menkhianati amanah dan mandat yang diberi,” katanya.

Jasri menambah, masa berpolitik sudah habis dab pilihan raya sudah pun selesai.

“Fokuslah untuk memajukan negeri dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.