script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Kelantan Dan Pahang Terus Meningkat Malam Tadi

 

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Pahang terus meningkat, manakala di Terengganu pula menunjukkan trend menurun sementara Perak dan Johor kekal, setakat 8.00 malam tadi.

Di Kelantan, jumlah penduduk terkesan banjir di Pasir Mas terus meningkat kepada 1,929 orang daripada 601 keluarga berbanding 1,626 orang daripada 504 keluarga petang tadi, dengan ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan tersebut.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Kelantan dalam kenyataan memaklumkan 704 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Gual Periok (532), SK Sri Kiambang (231), SK Kubang Kual (212), PPS Putat Tujoh (143), Masjid Mukim Padang Licin (68) dan SK Kedai Tanjong (39).

Di Pahang, Pekan menjadi daerah terbaharu dilanda banjir apabila sebuah PPS dibuka petang tadi iaitu SK Sinar Mutiara, Sungai Miang yang menempatkan 46 orang daripada 10 keluarga sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa setakat malam ini seramai 444 orang daripada 128 keluarga.

Sekretariat JPBN Pahang melaporkan selain Pekan, daerah lain terjejas banjir ialah Temerloh dengan 363 mangsa daripada 108 keluarga yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan manakala 35 orang daripada 10 keluarga di PPS SK Sri Buntar dan SK Kerayong di Bera.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 196 orang daripada 52 keluarga berbanding 209 orang daripada 55 keluarga dengan kesemuanya ditempat di enam PPS di lima daerah.

Sekretariat JPBN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan Kuala Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 83 orang di dua PPS diikuti 54 orang di Kuala Nerus, Dungun (24), Kemaman (23) dan Besut (12).

Sementara itu, di Johor jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 34 orang daripada 11 keluarga yang berlindung PPS Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya.

Di Perak, tiada pertambahan mangsa banjir direkodkan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) kekal sebagai PPS tunggal di negeri ini yang menempatkan 134 orang daripada 31 keluarga. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.