script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pasangan 'Lelaki & Wanita' Terkunci Dari Dalam Ketika Pondok Pengawal Terbakar

 

ALOR SETAR - Pasangan lelaki dan wanita yang ditemukan rentung dalam kebakaran di Lunas, Kulim semalam dipercayai gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap dalam pondok pengawal yang dikunci dari dalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai pasangan kekasih itu berkemungkinan tertidur dalam pondok berkenaan sebelum kebakaran berlaku.

“Mangsa lelaki dipercayai pengawal keselamatan di kawasan itu dan membawa teman wanita ke pondok tersebut. Setakat ini siasatan awal mendapati tiada unsur khianat.

“Kemungkinan besar mangsa terkunci dari dalam pondok tersebut. Kes akan disiasat sekiranya ada unsur khianat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Menurut beliau, kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

“Mayat didapati rentung sehingga 80 peratus dan kita kena buat bedah siasat termasuk ujian DNA (asid deoksiribonukleik) dahulu,” katanya.

Akhbar ini melaporkan sepasang mayat ditemukan rentung di dalam pondok pengawal yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas di Kulim, semalam.

Difahamkan, mayat terbabit, seorang lelaki berusia 45 tahun dan seorang wanita berusia 25 tahun ditemukan di dalam pondok pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.54 malam memaklumkan mengenai kebakaran terbabit. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.