script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy Umum 'Portfolio' Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang

 

KUANTAN - Menteri Besar,  Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, mengumumkan portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang akan memegang portfolio Perancangan, Kewangan, Tanah, Sumber Asli, Tenaga dan Air.

Selain itu, Wan Rosdy turut memegang portfolio Pembangunan Ekonomi, Perladangan dan Komoditi.

ADUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak memegang portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan.

Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga ADUN Kerdau memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam,Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli.

ADUN Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff memegang portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.

Razali Kassim yang juga ADUN Muadzam Shah memenang portfolio FELDA, Koperasi dan Usahawan manakala ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

ADUN Peramu Jaya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi dan ADUN Guai, Datuk Sabariah Saidan memegang portfolio Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga.

ADUN Dong, Fadzli Mohamad Kamal pula memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan.

Sim Chon Siang yang juga ADUN Teruntum memegang portfolio Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia manakala ADUN Triang, Leong Yu Man memegang portfolio Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan.

Sementara itu, Wan Rosdy pada sidang media di Wisma Sri Pahang, di sini mengharapkan 10 EXCO mengetepikan sentimen politik dan perbezaan ideologi masing-masing.

Justeru, katanya, kerjasama dapat dilakukan sebagai satu pasukan yang mantap bagi memastikan segala agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat dapat terus dilaksanakan dengan cemerlang.

"Laksanakanlah setiap tugas yang diberikan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah agar hasrat untuk menjadikan Pahang sebagai sebuah negeri maju akan tercapai.

"Selain itu, saya mengharapkan rakyat Pahang juga dapat memberi kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini demi kestabilan dan kemakmuran negeri," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Barisan Nasional (BN) memperoleh 17 kerusi daripada 42 kerusi DUN Pahang dan Pakatan Harapan (PH) memperoleh lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 17 kerusi.

Berikutan itu, tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri mendorong gabungan BN dan PH.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN dan parti perlu mempunyai 22 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.