script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Saifuddin Perlu 'Cermin Diri', Wan Rosdy Buat Tindakan Betul 'Bersama PH' Demi 'Kestabilan Serta Kemakmuran' Pahang !

KUANTAN - Aktivis masyarakat yang juga Blogger Kontroversi, Mohd Shukri Mohd Ramli memuji tindakan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengambil langkah bijak menubuhkan kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH), biar pun sebelum itu ada beberapa rundingan dan perbincangan dengan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Shukri, Wan Rosdy melakukan tindakan yang betul demi kestabilan dan kemakmuran negeri Pahang.

"Saya melihat, sewajarnya Pahang mengikut ketetapan yang dibuat oleh Putrajaya. Iaitu PH, BN dan beberapa parti lain membentuk kerajaan Perpaduan Nasional.

"Makanya tidak perlu lagi ada apa-apa rundingan dengan PN di Pahang. Sudah cukup dengan Akuan Bersumpah (SD) lapan ADUN PH, untuk mendapat majoriti mudah (22 kerusi) bagi penubuhan Kerajaan Pahang," kata Shukri.

Terdahulu, beliau turut menempelak kenyataan Pengerusi PN, Dato' Sri Saifuddin Abdullah mendakwa Menteri Besar Pahang tidak menjelaskan fakta sebenar di sebalik proses rundingan di antara PN dan BN baru-baru ini.

Menurut Saifuddin, rundingan di antara di Wan Rosdy yang mewakili BN dan Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili PN melibatkan tiga pusingan.

"Saifuddin Abdullah ni nampak macam dah suci bersih bila bersama PN. Walhal beliau sendiri, khianat mandat rakyat PRU-14, bila terlibat langkah Sheraton lompat parti jatuhkan kerajaan PH ketika itu.

"Tak payah nak rasa suci sangat hanya kerana bila bersama dengan PAS,  PN baru menang 17 dan BN 16, beza hanya 1 kerusi saja. Ini bukan bermakna PN menang. Apa guna menang (lebih satu kerusi) jika gagal membentuk kerajaan kerana tidak dapat majoriti mudah (22 kerusi)," kata Shukri.

Dalam pada itu beliau turut berharap Kerajaan Negeri pimpinan Wan Rosdy akan terus memacu pembangunan Pahang ke arah yang lebih baik selepas ini.

"Keputusan bersama PH dilihat kembali mengukuhkan kedudukan BN di Pahang. Tambahan pula, lapan daripada sepuluh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang mengangkat sumpah hari ini ialah daripada BN.

"Lupakan kisah PN, kerana apa guna nak bergabung dengan pihak yang pernah khianat BN ketika bersama dalam Muafakat Nasional (MN) dulu.

"PAS rela main dua kolam, selepas berbaik-baik dengan BERSATU. Malah selepas Muhyiddin melantik ramai pemimpin PAS ke dalam kabinet dan syarikat GLC kerajaan, ketika itulah segalanya berubah.

"Maka, elok sangat BN membentuk kerjasama dengan PH. Biar pun ia tidak pernah difikirkan oleh semua pihak sebelum ini. Sesuatu yang amat mustahil akhirnya menjadi kenyataan.

"Kini marilah kita bersama membina harapan baru untuk rakyat Malaysia. Kerakaan Perpaduan Nasional adalah wajah Malaysia Baharu yang lebih baik untuk masa depan generasi akan datang pastinya. #PahangDaily

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.