script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontrak Dengan 'KDA' Tidak Di Sambung, Alex 'Intai' Pasukan Pada Musim Depan !

KUANTAN - Berikutan kontrak bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak disambung bagi musim depan, bekas penyerang Harimau Malaya, Azamuddin Akil kini berusaha mencari pasukan baharu bagi meneruskan karier dalam Liga Malaysia (Liga M).

Pemain kelahiran Lipis, Pahang yang sebelum ini dibebani kecederaan buku lali kiri dan memerlukan pembedahan terpaksa berehat panjang selama lapan bulan dan kini pulih sepenuhnya.

"Saya kini sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan sedia menerima tawaran mana-mana kelab dan pasukan negeri yang beraksi di pentas Liga M musim depan.

"Sebagai peman profesional saya perlu terus beraksi di atas padang selagi diperlukan.

"Walaupun terpaksa berehat panjang sebelum ini, saya yakin masih mempunyai sentuhan diperlukan pasukan. Kecederaan itu berlaku empat tahun lalu dan hari ini sudah sembuh sepenuhnya," katanya yang sebelum ini pernah beraksi dengan Pahang, Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor dan Kedah.

Azamuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Alex berharap kerjaya bola sepaknya tidak berakhir dalam masa terdekat ini, walaupun berstatus pemain senior kerana kemampuan sebagai penyerang masih tetap dimiliki.

Menurutnya, sepanjang bergelar pemain profesional yang memerlukan dia berhijrah dari satu pasukan ke pasukan lain, dia sudah merasai semua medal kejuaraan bola sepak tempatan.

Selepas 10 musim bersama Tok Gajah, dia memilih haluan untuk bersama JDT sebelum menyertai Selangor dan seterusnya bersama Kedah hingga musim ini. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.