script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wanita Yang Sarat Mengandung Kini Dah Boleh Untuk "Bersalin" Di Pulau Tioman !

 

ROMPIN – Wanita yang sarat mengandung di Pulau Tioman kini boleh bersalin di Klinik Kesihatan Kampung Tekek, di Pulau Tioman berikutan klinik tersebut telah dinaik taraf.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jika dahulu penduduk kampung hanya boleh melahirkan anak di klinik kesihatan di Mersing, Johor berikutan tiada pakar perubatan di pulau tersebut.

“Seorang doktor pakar akan ditempatkan di klinik berkenaan selain mengetuai wad bersalin.

“Saya percaya kemudahan ini membantu dan dimanfaatkan oleh penduduk di kawasan Pulau Tioman,” katanya.

Tambah beliau, klinik bagi menempatkan ibu-ibu bersalin di Pulau Tioman mula beroperasi sejak dua minggu lalu dan ia merupakan usaha calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mohd Johari sebelum pembubaran DUN lagi.

Sementara itu, Pengurus Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), Datuk Idros Yahya berkata, sebanyak RM3 juta diperuntukan bagi menaik taraf klinik bersalin itu.

“Sebelum ini terdapat empat klinik kesihatan di empat kampung di Pulau Tioman, dengan adanya klinik bersalin ada kemudahan pakar perubatan memudahkan pesakit di sini,” ujarnya ketika dihubungi. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.