script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy: Kerajaan Pahang Kurangkan 60 Peratus Tambang Feri Pulau Tioman !

 

ROMPIN - Kerajaan Pahang mengurangkan 60 peratus tambang feri ke Pulau Tioman berbanding kadar semasa RM50.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata ia diputuskan selepas mendengar rungutan penduduk Pulau Tioman termasuk harga tambang feri yang membebankan mereka.

"Kerajaan negeri seharusnya mempertimbangkan keluh kesah mereka (penduduk Pulau Tioman) dan bersetuju untuk memberi kelulusan mengurangkan tambang feri daripada RM50 kepada RM20 seorang.

"Ini bermakna kerajaan Pahang terpaksa memberi subsidi sebanyak RM500,000, saya percaya dengan penurunan harga tambang feri itu ia sedikit sebanyak boleh meringankan beban penduduk," katanya selepas mengadakan lawatan dan bertemu dengan penduduk Pulau Tioman, di sini semalam.

Yang turut hadir Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun dan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain.

Mengenai jeti kargo, Wan Rosdy berkata, permohonan kepada Kementerian Pengangkutan telah dikemukakan bagi membaik pulih jeti yang menelan belanja hampir RM8 juta dengan kerajaan negeri memberikan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Beliau berkata, sebuah klinik bersalin di Pulau Tioman telah diberikan kelulusan bagi kemudahan penduduk setempat.

"Seorang doktor pakar akan ditempatkan di klinik terbabit... saya percaya kemudahan ini dapat memberi lebih keselesaan penduduk di Pulau Tioman," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.