script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pasangan 'Kekasih' Di Tahan Di Percayai Buang Bayi Baharu Lahir Ke Dalam Parit



JOHOR BAHRU - Sepasang kekasih ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan mayat bayi perempuan yang baharu dilahirkan dan dibuang ke dalam sebuah parit di Kampung Melayu Pandan, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Seri Alam Mohd Roslan Mohd Tahir berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi yang masih bertali pusat itu daripada seorang wanita berusia 33 tahun pada 11.50 pagi.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, lelaki berusia 28 tahun dan wanita berusia 27 tahun itu, yang kedua-duanya bekerja sebagai operator kilang, diberkas pada 1.30 tengah hari, hari sama.

“Polis merampas sehelai kemeja-T berwarna ungu dan kain sarung berwarna hijau yang ada kesan tompokan disyaki darah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Roslan, turut dirampas adalah 13 biji ubat jenama Ciproglen, masing-masing 10 biji ubat jenama Fenagesic dan Spasmin, sembilan biji ubat Anarex serta dua telefon bimbit jenis Poco dan Oppo.

Beliau berkata pasangan itu tidak memiliki rekod jenayah lampau manakala mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk bedah siasat.

Katanya kedua-duanya direman empat hari bagi siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar dan video berdurasi 39 saat menerusi media sosial menunjukkan orang awam menjumpai mayat bayi itu di dalam sebuah parit.

Video itu turut memaparkan orang ramai membantu mengambil bayi yang tidak berbaju dan masih bertali pusat di dalam parit tersebut. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.