script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Kes 'Teoh', Akhirnya PM Najib Razak Terpaksa Akur Dek Kerana Desakan Politik Untuk Segera Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja !

PUTRAJAYA, 8 Jan [12.57 am] - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) semalam mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock. Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Diraja tersebut akan diwujudkan dengan terma-terma khusus yang akan ditetapkan dan pihak kerajaan akan melantik ahli-ahli suruhanjaya yang terdiri daripada orang-orang yang terbilang dan dihormati. "Suruhanjaya ini akan diwujudkan selama tempoh masa tiga bulan selepas satu tauliah perlantikan Pesuruhjaya dikelaurkan oleh Yang DiPertuan Agung di bawah seksyen 2 Akta 119 dan boleh dilanjutkan untuk tempoh masa sepertima yang dibenarkan di bawah seksyen 5 Akta 119," katanya. Pelantikan dijangka akan dibuat selepas mesyuarat Kabinet Rabu depan, kata Najib. Baru-baru ini Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan kematian pembantu politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun dibunuh. Sehubungan itu, banyak pihak mendesak penubuhan surahanjaya diraja bagi menyelesaikan kes berkenaan. Bagaimanapun Najib berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan bukan berdasarkan tekanan daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik dan beliau berharap agar melalui penubuhannya akan dapat menyelesaikan kes tersebut. "Bagaimana pula dikatakan terdapat tekanan politik. Anda rujuk kepada kenyataan saya pada 17 Julai 2009. Saya sudah nyatakan mengenai hasrat kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja ini. "Saya berharap kegusaran keluarga berkenaan...kami bersimpati dengan keadaan mereka. Kami faham apa yang telah mereka lalui. Kami berharap mereka akan benarkan proses ini dijalankan dan berharap kami akan dapat mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku," katanya. Selain itu Perdana Menteri menambah bahawa Peguam Negara akan memfailkan satu permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menyemak keputusan Majistret tersebut. "Kita semua perlu sedar mengenai undang-undang di negara ini. Kita tidak harus terbawa-bawa dengan emosi kita. Apa yang penting ialah untuk kita ketahui kebenarannya. Kerajaan mahu tahu kebenarannya. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari kebenarannya...apa sebenarnya berlaku," katanya. Selain itu Najib berkata beliau sedia untuk berjumpa dengan keluarga Teoh.

[Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan pembantu politik Exco Kerajaan Negeri Selangor ditemui mati pada 16 Julai 2009, di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama. Kita ucapkan tahniah kepada PM andai beliau benar-benar ikhlas mahu tubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menangani kes ini. Namun, siapakah yang akan dilantik menganggotai suruhanjaya tersebut agaknya?. Memang benar kata PM, kesediaaan kerajaan itu bukanlah kerana tekanan politik. Namun, sedarkah kita pemimpin politik pembangkang yang banyak mendesak agar penubuhan suruhanjaya bebas itu dilakukan segera. Makanya, PM telah berdusta kononnya tiada desakan politik dalam hal ini sebenarnya. Agak mudah untuk menyimpulkan bahawa memang ada "konspirasi terancang untuk tidak mengaitkan SPRM" dalam kes ini. Ia bagi menjaga nama baik agensi tersebut dan kerajaan sendiri. Justeru itu, apakah kita boleh yakin suruhanjaya bebas itu benar-benar bebas untuk menyiasat kes ini? Atau sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata selepas lebih setahun membazirkan wang rakyat untuk membiayai inkues yang "tidak masuk akal" itu. Inilah yang menggusarkan rakyat, malah mereka berpendapat kes ini pasti akan menjadi seperti kes pembunuhan misteri paragawati Noritta Samsuddin dulu, yang akhirnya menyaksikan semua tertuduh dilepaskan dan pihak polis hanya memaklumkan terdapat "dua lembaga yang tidak dikenali" terlibat. Bukankah, kes itu masih menjadi tandatanya sehingga ke hari ini. Maka, apakah kita boleh terima kenyataan kes Teoh, andainya jawapan sama akan diterima seperti kes Noritta ini agaknya?].

Share:

19 ulasan:

  1. najib takut hilang sokongan kaum cina.

    BalasPadam
  2. macam mana lah korang boleh kena tipu.. dia siasat siasatan sprm punya prosuder.. bukan nya punca kematian SPRM.. berapa kali org PR ni nak kena tipu ngan Najib APCO... saja nak memanjangkan masa.. bagi org lupa.. kalau nak siasat suruhnjaya diraja tu takat prosuder siasatan .. baik tak payah..

    orang nak tahu macam mana teoh bolehh matiii... bukan prosuder dia tu betul ke tak, yg tu semua org tahu tak betuiii..

    BalasPadam
  3. "orang nak tahu kenapa dia dibunuh atau kenapa dia bunuh diri"
    Kemungkinan jawapan :-
    1-menutup kes yg sedang di siasat SPRM
    2-melindungi orang yg dituduh menyalah guna kuasa.

    BalasPadam
  4. 1 lagi lawak 1 Malaysia

    BalasPadam
  5. Aku rasa teoh kena rogol oleh SPRM..itulah kenyataannya..UMNO punya kerjalah nih...

    BalasPadam
  6. penipu punya statement.. Teo tak dibunuh atau tak bunuh diri.. Soalan aku.. Siapa yg humban mayat Teo sampai patah beberapa bahagian tulang.. Maknanya ada yg humban mayat si Teo tu dari tempat tinggi.. Siapa yg humban dan kenapa perlu dihumban???

    BalasPadam
  7. HA.HA..HA.. NAJIB MEMANG BIJAK MENGELABUI MATA KO RANG!

    DIA TUBUH SJSDR BUKAN NAK SIASAT TEOH BENG HOCK MATI (PUNCA/SIAPA PENYEBAB KEMATIAN), TAPI NAK SIASAT PROSEDUR SPRM JER!

    NAK SOROK LAGI TUH! NAK AUTA LAGI TUH!

    KO TAK FAHAM KER?

    BalasPadam
  8. buat macam mana pun, kafir harbi tetap x sokong melayu dah laaa niii. Melayu mesti berani. jangan terhegeh2 harap undi meraka.

    BalasPadam
  9. man umno, mana pas, mana pkr. kenapa x desak tubuh suruhanjaya siasatan DiRaja. Pegawai Jabatan Alam sekitar di Sabah mati jatuh bangunan tempoh hari. kes nak sama macam ini juga.Sampai sekarang tiada tindakan apa2 . PASI MELAYUUUUUU.

    BalasPadam
  10. PRESIDEN PERKASA DATUK IBRAHIM ALI BERKATA, TINDAKAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA ITU TIDAK PERLU KERANA PENGHAKIMAN TERBUKA DALAM INKUES MEMUTUSKAN PUNCA KEMATIAN TEOH BUKAN BUNUH DIRI ATAU DIBUNUH.

    KEPUTUSAN PENUH DENGAN SERIBU PERSOALAN

    PAK BRAHIM KITA NAK TAHU MACAM MANA TEOG BENG HOCK MATI

    TUAN KORONER MEMBUAT KEPUTUSAN BERGANTONG KEPADA SIASATAN, LAPURAN BEDAH SIASAT

    KALAU SIASATAN TIDAK CANTIK ITU LAH JAWAPAN YANG PALING TEPAT.

    SAYA INGATKAN DIRI SAYA DAN KEPADA YANG LAIN.

    TUAN KORONER,
    SUSAH JADI HAKIM NI KERANA APA JUA TINDAKAN KITA DIDUNIA INI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN AKAN DISOAL SATU PERSATU OLEH ALLAH DI PADANG MAHSYAR NANTI

    KERANA KEBANYAKAN DARIPADA HAKIM HAKIM ITU ADALAH AHLI NERAKA.

    BOLEH TAHAN KE?

    BalasPadam
  11. Kita orang semua sini cakap seolah lebih atau 'maha bijak' berbanding najib. Jejangan korang semua ni pun tak lebih mcam saya ni yang perlu balik masuk kelas TADIKA!

    Hahahahaha...!

    BalasPadam
  12. TADIKA KA X TADIKA. KAFIR HARBI JADI KETUA PEMERINTAH. MELAYU JADI MACAM D SINGAPO LAAA. MASA UMNO KA, PAS KA , PKR KA. JADI MACAM ORANG PLAESTIN DOK LASTIK DEMA DGN BATU SAJAA LAAA.LEPAS TU DEMA UBAH PERLEMBAGAAN TARIK MASUK SINGAPO DLM MALAYSIA BLK. SAMPAI KIAMAT MELAYU MEREMPAT D BUMI SENDIRI LAA.

    BalasPadam
  13. Dah mati.....Tanam.kecoh2 pasal anak cina tu buat pe.diakan disiasat atas salah guna kuasa.ada 2 kemungkinan. 1. dia memang bersalah. 2. dia memang xbersalah. klu dia kemungkinan bersalah, kemungkinan dia bunuh diri atau memang ada kerana malu,takut,kwn2 yg subhat pon takut juga klu dia pecah lobang,jd kemungkinan dibunuh memang ada.xblh sprm teruskan siasatan atas tuduhan yg dikenakan pd TBH supaya klu2 lain dpt muncul misalnya kaitan dia dgn org2 tertentu.yg sibok pasal punca kematian jer buat per.klh dia salah mungkin ada org nak dia padam.ada baiknya kita undur ckit kebelakang jgn asyik kena tipu ngan puak2 DAPig tu jer.

    BalasPadam
  14. Dah dasar budak kampung mak bapak bagi hasil duit haram.. tu sebab bengappp..

    Ape kena mengena Dap dalam kes ni.. ni sekarang Teoh tu dalam kawalan sape? SPRM ke.. DAP?

    Bengongg!! dalam la[poran orang yang terakhir masuk pej SPRM waktu pagi pengarah SPRM Selangor.. takde pun org DAP masuk.. dalam CCTV pun takde kelibat teoh keluar,, bengong betuuii puak UMNO ni..

    dah dasar membesar mak bapak bagi duit hasil kerja haram... rasuahh,,

    BalasPadam
  15. Alo pukimak haramjadah karen letrik.gua apa paluli luu cina ka melayu cina.klu luu cina mne luu alee ingat itu halal haram.klu takat sokongan ka undi ka,semua olang sutah tau maaaa....,satu dunia sutah tau maaa.....lancau luuuulah klu cina mau undi BN.LUUU OLANG AAAA...SUTAH MATI MAAA....PON TATAK UNDI BN.LUUU OLANG BUTOIK MANYAK CILAKAK.

    BalasPadam
  16. untuk presiden PERKOSA.diam2 duduk la.Lu naik pun sebab pakai logo Pas dalam PRU12.Jaga P.Mas tu molek,dok payoh la nok kecoh2 hal orang.

    BalasPadam
  17. Teoh x dibunuh @ bunuh diri?????
    camna dia mati.jatuh bngunan pulak tuh?????
    oh..mungkin Teoh mati sebab nak elak lalat@nyamuk yang terbang dikepalanya.....keputusan rasmi dari SPRMMMMMMM....

    BalasPadam
  18. sudah melaikat maut sampai masa tu.....tu mati tu....hakim tak boleh kata apa la....keje tuhan semua tu..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.