script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Akhirnya Parti KITA Pimpinan Zaid Di Lancarkan Dengan Disertai Beberapa Orang Pemimpin Politik Daripada Parti Pembangkang Dan Juga Kerajaan !

Seperti yang dijanjikan akhirnya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dilancarkan secara rasmi hari ini. Parti yang diterajui oleh bekas Menteri UMNO dan pemimpina kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (foto) itu turut dibarisi oleh beberapa orang pemimpin politik terkenal tanahair. Antara mereka termasuk Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan dan Presiden PPP, Datuk M.Kayveas. Turut kelihatan hadir ialah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallahuddin Hashim dan bekas Timbalan Setiausahanya yang dipecat iaitu P.Jenapala. Ramai bekas pemimpin PKR, SNAP dan lain-lain parti politik juga dilihat hadir pada program itu pagi tadi. "Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya. Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan. Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, AKIM sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember tahun lalu.


Inilah barisan KITA, antara pemimpin parti yang diterajui oleh Zaid

[Dengan pelancaran rasmi parti yang dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim ini, maka ia dilihat bakal menjadi pesaing hebat kepada UMNO BN dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Soalnya, sempatkan parti Zaid itu menyertai pilihanraya umum nanti?. Apapun, kemasukan ramai pemimpin politik sedia ada ke dalam KITA membuktikan pengaruh Zaid bukanlah seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Prinsip perjuangan adalah lebih jelas dan terbuka berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO atau PKR sebelum ini. Cuma apakah dalam KITA tidak akan wujud amalan proksi dan cantas-mencantas seperti yang amat ditakuti oleh Zaid dulu. Khabarnya ramai lagi pemimpin PKR dan UMNO yang akan menyertai Zaid selepas ini, termasuk dari Pahang ini].
Share:

14 ulasan:

  1. Tahniah Datuk dan selamat maju jaya.

    BalasPadam
  2. tahniah amendenya setakat memecahbelahkan melayu....tak payahlah buang masa layan parti Kontol Iwak Tonggeng Anwar ni...bangsa lain bersorak tengok melayu bukak parti masing masing, ada sedar tak?

    BalasPadam
  3. Bangsa lain pun bersorak nengok UMNO gadaikan tanah rezab orang Melayu bagi kat depa.

    BalasPadam
  4. BODOH PUNYA MELAYU PKR..KENA MAIN DENGAN CINA

    BalasPadam
  5. apa selama ni Umno tak berkawan dgn Cina ke?? MCA, Gerakan tu parti tok lebai mana?? Kalau Umno fikir dia Melayu.. Boleh blah la.. Yg ramai keling, termasuk madey & naina eee, tu kira Melayu ker?? Sudah kecik taknak mampos.. Beso nyusahkan org..
    CMK.. Sapa pemimpin tu?? Awak ker?? Kalau awak.. Tolong jgn jadi bodoh..

    BalasPadam
  6. boleh percaya ker orang macam si zaid tu?? Dia lah salah seorang lawyer yg membeli org murtad hari tu.. Ingat tak peristiwa Lina Joy..?? Harap di jauhi org macam ni..

    BalasPadam
  7. Dok bising PKR / PAS kena main dengan DAP.
    Tak sedar selama berpuluh tahun UMNO dah jahanamkan berapa banyak hak Melayu bagi kat bangsa lain.
    Bila ada pilihanraya je lagi teruk. Segala yang bangsa 'cha' mintak semua bagi. Bodoh punya penyokong UMNO. Benda tu pun x nampak.

    BalasPadam
  8. Aku nak habaq kat hangpa.. aku ni org Penang.. dulu aku benci DAP, tapi skrg ternyata depa buat kerja lebih baguih drp puak2 Gerakan dulu.. bila aku pikir balik.. yg buat cerita pasai DAP tak baguih niy rupanya kerja org Umno.. hangpa kalau nak tau mai la sini..

    BalasPadam
  9. melayu mudah lupa itu lah kata2 hikmat Mantan PM dlm satu perhimpunan agung umno dulu, kami nak tanya siapakah yg merobek kuasa raja2 melayu, meminda akta tanah rezab melayu, menghapuskan royalti petroleum sdgkan d trengganu lebih 90% ADALAH ORG MELAYU, siapa yg rugi? bangsa cina kah atau india kah atau lain2 bangsa kah, kalau nak adil ngapa royalti di sabah dan sarawak tak di hapuskan? lebih 50 thn umnongok memerintah p.pinang byk tergadai tanah2 melayu...bantuan2 kewangan utk sekolah2 agama rakyat habis di cantasnya atas alasan yg dangkal secara tak lansung memudarkan cahaya keislaman di bumi malaysia dan byk lg...fikir2kan lah..

    BalasPadam
  10. Berahim Ali x join ke?

    BalasPadam
  11. BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) tak join ke?

    BalasPadam
  12. KITA = K = korek. I = isap. T = tebuk. A = air.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.