script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Ahli Politik Hadiah Kereta Mewah Kepada Blogger Supaya Tutup Mulut Menjelang PRU-13 !!

KUANTAN, 6 Feb - Ini satu berita panas yang baru kami terima. Khabarnya seorang blogger terkenal "pro rakyat" yang dikatakan antara yang paling aktif di Pahang telah "dihadiahkan" sebuah kereta mewah jenama Nissan Teana (foto) oleh seorang ahli politik setempat. Difahamkan hadiah tersebut adalah sebagai "usaha" pemimpin terbabit untuk "menutup mulut" blogger berkenaan yang terlalu "lantang" mendedahkan berbagai kepincangan yang berlaku di kawasannya bahkan di Parlimen Jerantut itu sendiri. Soalnya sekarang, wajarkah blogger berkenaan menerima habuan tersebut, sedangkan dalam masa yang sama beliau kononnya berjuang untuk rakyat. Niat untuk membela rakyat akhirnya akan memusnahkan dirinya sendiri. Difahamkan, ahli politik terbabit menghadiahkan beliau kereta tersebut bagi membolehkan blogger berkenaan tidak lagi menghentam kepimpinan beliau atau membongkarkan isu-isu rakyat di kawasan beliau. Difahamkan blogger terbabit juga akan hadir ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia - Siri Jelajah MyVo1ce Negeri Pahang yang akan diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh hari ini. Kami akan cuba menyiasat maklumat ini dengan lebih lanjut untuk didedahkan kepada umum. Soalnya, siapakah blogger dan ahli politik itu?.

[Difahamkan, kenderaan itu (Nissan Teana) kini berharga mencecah hampir RM170,000. Jika benar dakwaan ini, maka sahlah pemimpin berkenaan mahu "mulut" blogger berkenaan ditutup menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Apapun, kami amat terharu mendapat maklumat ini kerana ia jelas satu penghinaan terhadap dunia blogger itu sendiri sebenarnya. Bahkan, hingga ke saat ini krew-krew kami menjalankan tugas dengan sukarela dan tidak langsung mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak yang berkenaan. Bertuah benar sekiranya blogger itu dilayan sedemikan rupa oleh ahli politik terbabit].

Share:

13 ulasan:

  1. dah bagi xnk ambik lak..pastu ckp sombomg lak.

    BalasPadam
  2. Kalau dah macam tu betul lah tu, bukan ler satu tuduhan liar. ambik tu tak salah, yg salah kalau jual diri...macam Pak Hassang Ali. Cakap berdegor degor, akhlak, prinsip sendiri pun berterabor. Camna nak nasihatkan orang, diri sendiri pun tak mampu nak beri nasihat.Kalau tak hormatkan parti 2008 dulu dah aku terajang orang tua tu.

    BalasPadam
  3. Kalau dah macam tu betul lah tu, bukan ler satu tuduhan liar. ambik tu tak salah, yg salah kalau jual diri...macam Pak Hassang Ali. Cakap berdegor degor, akhlak, prinsip sendiri pun berterabor. Camna nak nasihatkan orang, diri sendiri pun tak mampu nak beri nasihat.Kalau tak hormatkan parti 2008 dulu dah aku terajang orang tua tu.

    BalasPadam
  4. Hoiii...
    NI BERGURU DGN RPK(RAJA PETRA) KOT!!!
    DAH BERBAYAR, GONER KOI NAK KATA??
    AKU TERIMA AKAN "NISSAN TEANA" INI DENGAN MAS KAHWIN-NYA "TUTUP MULUT"
    TERTUNAI....!!!
    kahkahkah.....Selamat kou blogger Melayu!!!

    BalasPadam
  5. kalau tak silap lah, YB tu Wan Amizan. Yang dapat keter tu, Wan Zamzuri.

    Wallahua'lam

    BalasPadam
  6. meloponglah bloger PDO @ Sukri... tgk org komen2 panas2 dapat gak habuan...lu dapat ape..huhuhu...Tea O pun org belanja...

    BalasPadam
  7. Sapelah malang nak bagi hadiah kete mewah ni. Buat abis duit je. Ke saje je ada adakan cite. Nak glamorlah katakan.

    BalasPadam
  8. Masalahnya hadiah yg dibagi tu bukannya datang duit poket YB, tapi dah byk balak kat Jerantut tu dah ditebang buat belanja konco-konco dia.

    Tanah pun dah byk yg dah digadai kepada Lim Ah Chak. Tanah diusahakan orang kampung, sewenang2nya diambil alih dan diceroboh. melopong org kampung.

    Pemimpin Umno kayaraya, yg kesian Umno kat bawah2 ni, sampai dah nak mampus sokong Umno, yg dapatnya adalah RM500.

    BalasPadam
  9. Lepas terima tukar nama lepas tu JUAL...ada hasil sikit...

    BalasPadam
  10. Biar jadi blogger susah asal rezeki halal daripada jadi blogger kaya tapi jenuh nak menjawab kat akhirat.

    Nabi dah jamin; "Perasuah dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka". Confirm!

    BalasPadam
  11. Blogger-blogger Umno ni bukannya percaya kepada hari akhirat, kalau dilihat daripada tindakan dan amalan mereka

    BalasPadam
  12. Mereka ni percaya kapada; Mati KATAK" agaknya.....he...hee...mati katak

    BalasPadam
  13. SPRM patut siasat YB DUN Tahan. Kenapalah bodoh dan bangangnya pengundi-pengundi DUN Tahan, melantik pemimpin yang kaki temberang,pembohong dan bepelajaran setakat tingkatan 3 aje. Ada ijazah pun ijazah palsu.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera

MARAN : Empat individu termasuk pemandu dan penumpang sebuah bas yang membawa 19 pelajar dan dua guru Tahfiz Allaudin Bandar Pusat Jengka me...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.