script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Isu Tanah, MB Di Harap Tidak Tabur Janji Semata-Mata Untuk Tagih Undi Menjelang PRU-13

KUANTAN, 6 Feb - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) diharap tidak membuat janji kosong kononnya Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan permohonan hak milik tapak rumah yang dimohon dalam tempoh itu secara automatik. Menurut Adnan, keputusan itu berkuat kuasa mulai pada tahun ini yang mana ia telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Exco pada Rabu lalu. Kononya kerajaan negeri meluluskan keputusan tersebut kerana prihatin bagi membantu rakyat negeri ini mendapatkan tanah dan tapak rumah. Adnan berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada lebih 800 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dataran Pelangai Bentong baru-baru ini. Biar pun dinafikan Adnan, namun rakyat melihat janji-janji MB itu sekadar untuk meraih simpati dan undi pilihanraya sebenarnya. UMNO BN kini semakin terdesak dengan berbagai isu rakyat terutamanya Lynas yang bakal mengurangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mereka miliki selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti sebenarnya. Lantaran itulah, beliau terpaksa berjanji kononnya kerajaan prihatin nasib rakyat. Walhal, selama ini rakyat terutamanya orang-orang Melayu yang masih belum mempunyai tanah terpaksa merayu dan menghabis banyak wang untuk urusan terbabit. Bukan sahaja tanah yang dipohon tidak diluluskan, malahan permohonan terbabit "dilapis" pula oleh pemimpin UMNO. Inilah yang berlaku sejak sekian lama. Adnan hanya berselera meluluskan tanah untuk proksi dan kroni beliau sahaja, termasuk juga kepada "tokey-tokey Cina". Sebaliknya, tidak prihatin untuk membela nasib rakyat. Malah, ada yang sudah meninggal dunia menanti permohonan tanah atau lot rumah mereka diluluskan Kerajaan. Apakah MB sedar akan semua ini?.

Ramai Kecewa Adnan 'Simpan Fail' Urusan Tanah

Rakyat juga kecewa apabila, urusan jual beli tanah yang sepatutnya diserahkan kepada pegawai di Pejabat Tanah Dan Daerah, namun masih lagi memerlukan kekulusan Menteri Besar yang terkadang memakan masa bertahun-tahun. Adnan cukup marah jika ada orang-orang Melayu mahu menjual tanah atau rumah mereka kepada kaum lain terutamanya "orang Cina", tetapi anehnya beliau tidak marah pula bila UMNO sendiri menjual tanah-tanah ladang mereka kepada orang Cina. Malah, urusan jhual beli balak, bijih besi, pasir dan sebagainya semua dilakukan dengan orang Cina. Namun, bila rakyat mahu menjualnya beliau melenting dan memberi berbagai-bagai alasan untuk melambatkan urusan atau menghalangnya. Inilah yang berlaku sejak beliau mentadbir negeri ini. Fail-fail dibawa balik ke rumah untuk diteliti sebelum ditandatangan. Namun, majoritinya terpaksa menunggu bertahun-tahun hanya kerana menjual lot rumah dan tanah. Sepatutnya urusan ini tidak wajar melibatkan Menteri Besar Pahang, dan harus diserahkan kepada pegawai yang sepatutnya. Namun, inilah yang berlaku dan rakyat perlu mengubah semua ini. Berkaitan dengan janji-janji Adnan ini, ramai rakyat sebenarnya tidak percaya kelulusan "automatik" itu akan dibuat sebelum Pilihanraya Umum nanti. Apa yang jelas sudah pasti konsep "undi BN baru OK" akan diamalkan oleh mereka. Inilah dia strategik politik jahat yang diamalkan oleh UMNO BN sejak sekian lama. Akhirnya mereka mendapat undi bukan dengan kerelaan hati pengundi untuk sendiri sebenarnya. Apakah senario ini harus dibiarkan?. Hanya "rakyat yang bijak sahaja" dapat merubahnya.

[Rakyat digesa tidak terpengaruh dengan janji-janji yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN sekarang ini. Tambahan pula sudah banyak kali mereka berdusta dan menipu mereka selama ini. Di Pahang, banyak anak-anak syarikat kerajaan terlingkup gara-gara perbuatan mereka yang mengagihkan kekayaan dan hasil mahsul negeri kepada proksi dan kroni mereka. Sepuluh mereka cakap satu pun jangan dipercayai, kerana mereka bijak menabur janji. Sebaliknya, yang terus kaya raya ialah mereka sebaliknya rakyat terus menderita. Sudah-sudahlah kita terus ditipu oleh pemimpin yang khianat seperti iniu. Sudah tiba masanya untuk rakyat Pahang melakukan perubahan demi masa depan anak cucu serta generasi akan datang. Jangan tertipu dek kenyataan yang sengaja dibuat menjelang pilihanraya ini. Usahlah terus tertipu dan menjadi mangsa mereka lagi. Beranikan hati untuk melakukan perubahan pada pilihanraya umum nanti].
Share:

6 ulasan:

  1. Ikut suka dialah nak simpan fail tu

    BalasPadam
  2. Ikut suka kita bila mengundi

    BalasPadam
  3. Nak selamatkan Pahang..... JANGAN PANGKAH DACING

    BalasPadam
  4. ADNAN YAAKOB NI MEMANG MUKA TEMBOK... AKU PALING HAIRAN MENGAPA RAKYAT PELANGAI BONGOK BETUL MEMILIH ADNAN YANG BUKAN BERASAL DAN BUKAN ANAK JATI PELANGAI ....

    ADNA.. KALAU ADA RASA MALU,JANGAN BERTANDING DI PELANGAI DALAM PRU KE 13 NANTI.... SUDAHLAH MUKA BURUK...PERANGAI PUN BURUK...

    PARA PENILIK CINA KATA MUKA 'KOTAK' PERSONALITI HATI BUSUK.... SANGGUP BUAT KEBURUKAN DAN KEJAHATAN DEMI KUASA....

    BalasPadam
  5. ini tok nan, sudah banyak kasi hilang itu fail,dia bikin jeruk sama itu fail semua gua punya punya kawan cakap sudah manyak lama tapi belum dapat tau apa dia punya keputusan....bodoh punya penyokong tok nan...

    BalasPadam
  6. ADNAN SEMPIT- kita kasi nama....wooo..cantek...!ini MB.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan

KUANTAN:  Dua maut manakala tujuh lagi cedera, termasuk seorang parah, dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat b...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.