script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Taklimat Kewangan: "Pelaburan Emas" Kelantan Gold Di Kuantan Hari Ini, Semua Di Jemput Hadir

KUANTAN, 4 Jun - Orang ramai yang berminat untuk mengetahui selok belok pengurusan kewangan berasaskan pelaburan emas, dijemput hadir beramai-ramai ke ruang legar Komplek Tun Razak, Indera Mahkota esok (Khamis 5 Julai 2012). Satu promosi berkaitan akan diadakan oleh Kelantan Gold (foto) iaitu sebuah syarikat emas yang beribu pejabat di Kota Bharu Kelantan. Kebelakangan ini pelaburan EMAS telah menarik ramai pihak untuk menceburinya. Akan tetapi tentulah amat sukar untuk mengadili cara yang mana yang dapat memberikan pulangan yang paling tinggi dan risiko yang lebih rendah. Kita sepatutnya bersyukur kerana berada di sebuah negara yang mendahului dalam sistem kewangan Islam (perbankan, insurans, pelaburan, pajak gadai dan lain-lain). Jadi, seharusnyalah kita memanfaatkannya. Kenapa hanya menjadi pemerhati? Kejatuhan nilai Fiat Money (wang kertas) adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh semua orang termasuk pakar-pakar ekonomi dan juga rakyat marhain. Tapi apakah jalan penyelesaiannya? Adakah cukup sekadar kita berdiam diri sahaja dan menghitung hari? Marilah kita sama-sama berjihad untuk menyelamatkan aset dan juga harta kawan- kawan yang rapat dengan kita. Rata-rata pelanggan yang ditemui memang telah lama menyimpan impian untuk melabur dalam emas, akan tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya dan dimana ingin mendapatkannya. Ada yang mengambil jalan pintas dengan hanya membeli emas sebanyak mungkin dari kedai-kedai emas berdekatan. Itu adalah satu tindakan yang baik akan tetapi kurang bijak kerana sphread harga yang tinggi jika beli atau pun jual di kedai-kedai emas konvensional.


Emas dijangkan mencecah RM503 segram, satu berita baik untuk anda

[Kepada anda yang berminat menyertai taklimat di seluruh negeri Pahang, pula boleh SMS Nama ke 019-2845511 untuk daftar. Tempat adalah terhad. Peluang dibuka kepada semua yang berminat terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta. Berbagai teknik akan diajar termasuk "Rahsia Jutawan Emas Terbongkar" khas untuk kakitangan kerajaan. Justeru kepada anda yang tinggal di sekitar Kuantan dan sekitarnya adalah dipelawa hadir. Masuk adalah percuma. Taklimat akan dibuat oleh mereka yang pakar tentang pelaburan emas. Anda juga boleh mengetahui tentang "Dinar Emas" Kelantan yang juga boleh dijadikan aset untuk masa depan. Apa yang menarik dalam promosi yang bakal diadakan di Komplek Tun Razak itu anda juga boleh membeli emas sehingga 1 gram untuk simpanan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

ADUN Diingatkan Tidak Buat Hebahan, Kenyataan Tidak Benar Yang Boleh Jejaskan Kredibiliti Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan agar tidak membuat hebahan dan kenyataan tidak benar yang boleh menjejas kredibiliti ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.