script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: 'Mufti Pahang', Tak Bayar Pinjaman Haram Tapi Apa Pula Hukumnya Riba Yang Di Caj PTPTN!

KUANTAN, 24 April - Ramai yang terkejut dengan kenyataan Mufti Pahang Dato' Abdul Rahman Othman (foto) baru-baru ini yang mengatakan haram hukumnya bagi mereka yang tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Beliau berkata demikian selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik, Bentong Katanya, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya. “Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman,” katanya. Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. Persoalan ini menyebabkan ramai pihak yang keliru dengan kenyataan Mufti terbabit sebenarnya. Tambahan pula apa yang terkeluar dari mulutnya itu dilihat seperti mengikut skrip semata-mata. Jika benar hukum tidak membayat PTPTN itu haram, maka ramai yang mempersoalkan apakah pula hukumnya PTPTN itu sendiri mengenakan "interest" atau "bunga" kepada para peminjam. Bukankah itu adalah "Riba" dan haram hukumnya di sisi Islam. Kenapa Mufti Pahang tidak pula mengulas isu berkenaan dan hanya berselera untuk menghukum mereka yang tidak membayar semata-mata, sedangkan dia sendiri tahu duit PTPTN yang dikutip itu juga haram kerana mempunyai unsur riba yang nyata. Justeru, usahlah Mufti Pahang cuba untuk mencari publisiti murahan untuk membela PTPTN dalam hal ini. Sepatutnya sebagai Mufti beliau harus berani menegur "akarnya" terlebih dahulu sebelum "pucuk". Oleh itu, elok benar jika beliau "berdiam diri" dari terus berkata-kata demi jaga imej dan maruah beliau.

Benda yang tiada kaitan laju Mufti nak ulas, tapi isu Ratu Cantik Mak Nyah
yang pernah kami bongkar dulu, hingga kini Mufti masih diam membisu



Pinjaman PTPTN dikenakan bunga atau dalam istilah Islamnya disebut 'riba'
sama-sama kita tunggu kenyataan dari Mufti Pahang selepas ini hendaknya


[Mufti Pahang sehingga kini masih lagi belum keluarkan fatwa berhubung pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah "Miss Malaysia Pahang 2010" yang diadakan di Hotel Vistana Kuantan dulu. Persoalannya, kenapa beliau tergamak mengeluarkan kenyataan yang tidak merujuk kepada pihak-pihak yang lebih arif sedangkan beliau lebih tahu hukumnya. Jika peminjam PTPTN itu dikatakan haram kerana gagal membayar pinjaman mereka. Maka Mufti Pahang juga perlu berani mengeluarkan fatwa apakah hukumnya UMNO BN menggunakan wang untuk merahsuah pengundi setiap kali musim pilihanraya terutamanya di negeri Pahang ini. Apakah Mufti "ada berani"?. Mufti Pahang sebenarnya tidak mempunyai kreadibili untuk menegur sesuatu berkaitan dengan Islam kerana maksiat yang berlaku di negeri Pahang sepatutnya beliau jaga masih belum sempurna. Oleh itu, usahlah mendabik dada untuk mencari publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Sedangkan riba yang dikutip oleh PTPTN itu dipandang "halal" pula oleh beliau agaknya. Insaflah Mufti!].
Share:

16 ulasan:

  1. mufti tali barut...dia nampak hutang peminjam yg bersusah payah belajar..

    tu yg rasuah, menyeleweng tu apa pulak hukumnya? makruh ker?

    PTPTN kenakan charge, interest tu apa pulak hukumnya? harus ker?

    NFC buat pinjaman tetapi menyeleweng, apa pulak hukumnya? sunnat ker?

    nampak sgt mufti suruhan umno!

    cakap terus terang dan mengikut dalil yg disyariatkan...

    BalasPadam
  2. UDAH LA SANG DATUK MUFTI DUNIA.....

    PROGRAM MAKSIAT BESEPAH DI KUANTAN NI.

    TAK BERANI BERSUARA....FULUS...FULUS...FULUS

    NANTI DATUK MUFTI MERAPAK PULAK....

    DUNIA...DUNIA...DUNIA SEMATA MATA.

    BalasPadam
  3. Kalau sudah tahu ada unsur riba , jangan pinjam sebab berdosa menyokong riba..

    BalasPadam
  4. hahahahahahah
    hehehehheheehh
    hohohohohohohohohohohhoho
    kelakar la sekarang,perlu buat kerja la. Buka DUA DUA MATA LA

    BalasPadam
  5. kalu gni gaye nye.. Dosa besarlah dema semua. Bab tak ikut petua tok meti. Metikan warisan ..... koi takut nak taip. Takut kena dosa besar lah pulok..

    BalasPadam
  6. jangan salahkan dato mufti kita dia hanyalah nak cari makan je......

    BalasPadam
  7. kalau tak berani bersuara jangan jadi mufti lah. jadi tukang kebun sekolah lagi bermaruah

    BalasPadam
  8. tak bayar ptptn dosa. tu yang atas bukit genting tu tak dosa ke di biarkan. yang berselirat kedai toto, da ma cai, 4 no. ekor tu tak dosa, isteri pemimpin yang tak tutup aurat tak rasa nak tegur ke?. DOK BEREBUT LOMBONG BIJEH, DOK BEREBUT KAWASAN HUTAN DGN SEGALA MACAM RASUAH DAN PENIPUAN TENGOK SAJA KE? DAN KHUTBAH CUMA MEMBINCANGKAN MAKANAN TEMPATAN, SUNGAI KITA, BERADAB DI JALANRAYA SAJA KE? persoalan akidah biar rakyat dan orang ramai lagha.. gitu ke? buka mata dua belah pun tak mampu nak selesai sampai bila, Kalau perhimpunan bersih macam kilat keluar fatwa.

    BalasPadam
  9. Nak tanya datuk mufti...pusat perjudian Genting Highland tu apa hukumnya? makruh ker?

    BalasPadam
  10. dua anony diatas tu istighfar sikit, persoalan akidah tak hafal lepas tu buat tohmahan dan fitnah membuta tuli, muhasabah kembali rujuk kpd yg pakar sebab sebab apa yg puak umno buat org PAS tak boleh ikut atau bersama , sebab Persoalan Akidah. faham sikit jgn bila di tuduh mula nak melenting menghina manusia tetapi sebenar nya telah menghina sunnah nabi. lagi pun umno menghalalkan judi, arak, dan serba serbi sehingga Islam hanya tinggal pada nama dan adat saja. itulah umporno macam mana kita nak ikut.

    BalasPadam
  11. mufti pahang.....mb pahang.....timbalan pengarah jai pahang....emmmmmmmmmmm

    BalasPadam
  12. anony 11.44pm. tu lah kena belajar dan berlapang dada, PAS ada tahalus siasi, ada rujukan bukan ikut nafsu, dok kata persetubuhan haram , rujuk zaman nabi macamana nabi rapatkan org kafir dengan org islam, kita kena belajar biar kita nak keluar kenyataan ada hujjah, islam ni ada hujjah. bukan semberono, tengok dasar pas dulu sedara.

    BalasPadam
  13. awak nampak depan mata ke nuar kongkek,jangan cari dosa, jgn terpengaruh dengan fitnah. org islam ada hujjah, bukan ikut nafsu nak menuduh atau memfitnah.dalam kita nak menegak pandangan kita biar lah berhikmah, sebutlah dengan bahasa yg baik bukan memanggil nama sebegitu, bersyukur lah, kalau ALLAH uji dia ambil stroke mulut pun kita dah tak boleh nak buat apa.. berhikmah lah...sabar.

    BalasPadam
  14. Rasa2nya, TOK BATIN, ketua orang asli diperkampungan orang asli lebih baik daripada seorang ketua agama yang membuta tuli menyokong semua yang dilakukan oleh pemerintah iaitu majikannya dan cepat melatah bila ada orang menentang pemerintah. Contoh, kalau orang besar melawat perkampungan orang asli, Tok Batin akan meluahkan rasa tidak puashatinya terhadap VVIP yang melawat perkampoungan itu tanpa rasa takut ia akan dibuang sebagai tok batin sebab dia tahu dia berhak atas jawatan itu dan 'kalau nak buang pun buang ler',apabila ditanya.
    Jadi kita sama2 lah berdoa supaya orang2 yang berjawatan tinggi SEDAR DIRI YANG MERE MENJALANKAN AMANAH RAKYAT DAN BUKAN AMANAH KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL. MEREKA PATUT SEDAR WANG PENCARIAN YANG DIBAWA BALIK HASIL BUAT KERJA2 MEMBODEK PEMERINTAH UNTUK DISAJIKAN KEPADA KELUARGA MEREKA ADALAH HARAM. SAYA NI BUKAN KETUA AGAMA TETAPI SECETEK-TEK AGAMA YANG SAYA MEMILIKI SAYA FAHAM HARAM ITU HARAM. JADI KALAU BODEK MEMBABI BUTA ADALAH HARAM. AJARKAN KEPADA UMUM HARAM ITU HARAM. JANGAN MEMESONGKAN AGAMA DEMI UNTUK KEPINTINGAN PEMERINTAH. INGAT LAH WAHAI PEGAWAI2 TINGGI DALAM KERAJAAN KAMU MASIH AKAN BEKERJA WALAUPUN PARTI LAIN AMBNBIL ALIH KERAJAAN. KAMU TIDAK AKAN DIBUANG KECUALI KAMU DIDAPATI ENGKAR MENGAJAR PERKARA YANG BETUL.
    SAMA LAH BAGI PEGAWAI KERAJAAN DALAM JPN YANG BERSEKONGKOL MENGELUARKAN KAD PENGENALAN EXPRESS KEPADA WARGA ASING BAGI MEMENANGKAN BARISAN NASIONAL DALAM PRU 13. PERBUATAN MEFREKA INI BUKAN SAHAJA KHIANAT KEPADA NEGARA TAPI SEKALIGUS KHIANAT KEPADA HAK ISTIMEWA ANAK CUCU DAN CICIT MEREKA SENDIRI. INSAF LAH WAHAI PEGAWAI TINGGI DAN RENDAH KERAJAAN YANG MEMBABAI BUTA MENYOKONG SEDTIAP AYAT YANG KELUAR DARI MULUT PERDANA MENTERI MALAYSIA. INGAT PM ITU BUKAN ALLAH. DIA DIBERI TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH DAN KALAU DIA MELANGGAR SEMUANYA DEMI UNTUK TERUS BERKUASA DAN MENJADI DIKTATOR MAKA IA KANA DITENTANG SEBAB NEGARA KITA ADALAH DEMOKRASI.

    BalasPadam
  15. agi perhimpunan tentang LGBT

    KUALA LUMPUR 25 April - Seramai 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyertai satu perhimpunan aman bagi membantah dan menentang habis-habisan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

    Perhimpunan anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) itu turut diadakan bagi membantah demonstrasi pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bersih 3.0.

    Peserta perhimpunan itu juga melaungkan untuk menentang sesiapa sahaja individu atau NGO yang menyokong gerakan LGBT sehingga boleh memusnahkan umat Islam di negara ini.

    Pengerusi YPC, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, amalan LGBT amat bertentangan dengan fitrah manusia, bercanggah dengan kesucian agama dan merupakan amalan jahiliah.

    "Budaya seks bebas atau homoseksual juga sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan kedaulatan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

    "Pengamal dan penyokong gerakan LGBT juga secara jelas telah mempersenda, menghina dan mencabar kedudukan raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam," katanya pada sidang akhbar yang diadakan selepas perhimpunan itu

    Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Cheras, Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia, Persatuan Penjaja Kuala Lumpur dan Persatuan Kebajikan India Cheras.

    Tambah Syed Ali, LGBT juga amat dilaknat oleh Islam seperti yang disebut dalam al-Quran tentang bala yang diterima umat Nabi Lut yang mengamalkan budaya gay dan homoseksual.

    "Kita mengambil peringatan berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusof al-Qardawi berhubung amalan LGBT, bahawa umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta pendokong seks songsang, apatah lagi berada di belakang mereka," jelasnya.

    Pada perhimpunan itu, beliau bersama-sama NGO lain turut mengecam tindakan mereka yang ingin melakukan demonstrasi kerana ia akan mengganggu periuk nasi mereka yang berniaga.

    "Perhimpunan jalanan sebenarnya telah menyekat periuk nasi terutamanya peniaga-peniaga kecil dan mereka yang membawa teksi.

    "Kerajaan dan polis sudah memberi kebenaran untuk mengadakan perhimpunan di stadium, apa lagi yang mereka inginkan sedangkan hak untuk berhimpun juga sudah diberi," ujarnya.

    Tambah Syed Ali, keengganan mereka untuk berhimpun di stadium dan mahu melakukannya di kawasan awam pastinya mempunyai agenda tersendiri.

    BalasPadam
  16. Saya sedikit keliru ttg penghapusan ptptn. Tujuannya utk apa ya? Bagi saya ptptn penting utk mereka yg tiada kewangan utk melanjutkan pelajaran,sedikit sebyk dapat membantu pelajar . Mungkin peringkat awal ianya berunsurkan riba tapi telah diubah kpd sistem ujrah dimana 1% dikenakan atas kos perkhidmatan. Oleh itu saya harap ada pihak blh terangkan pd saya lebih lanjut mengenainya. Mungkin saya kurang pemahaman di atas perkara tersebut.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.