script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Sakmongkol Jawab 'Tuduhan Liar' Blogger UMNO Kononya Dia Tidak Kenang Jasa Dato' Najib

Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis. Dato' Ariff Sabri Abd Aziz (foto) hari ini mendedahkan bahawa beliau tidak perlu termakan budi dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak kerana segala kejayaan yang diperolehinya dalam bidang perniagaan selama ini adalah hasil titik peluh beliau tanpa menggunakan kedudukannya sebagai wakil rakyat. Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan liar seorang blogger pro UMNO Pahang, Wan Zamzuri Wan Hassan (WZWH). Dalam posting terbaru di blog blogger terbabit mendakwa Ariff atau lebih dikenali sebagai blogger Sakmongkol AK47 sepatutnya berterima kasih kepada Najib kerana telah menganugerahkan banyak projek kepada beliau dan menganggatnya menjadi ADUN Pulau Manis. Justeru WZWH hairan kenapa Sakmongkol kini menentang Najib dan bertindak menyertai DAP?. Baca tulisdannya di sini. Bagi menjawab dakwaan tersebut Ariff dalam posting terbaru di blognya mendakwa beliau begitu jarang untuk menjawa tulisan blogger lain terhadap dirinya, namun dalam kes WZWH ini beliau terpaksa bangkit menjawabnya. Dalam tulisan tersebut, Sakmongkol mendakwa WZWH membuat banyak pembohongan dalam pendedahan beliau terhadap dirinya. "Inilah kali pertama saya mendengar saya mendapat projek menambak sungai. Setahu saya, kerja wave breaker si Sungai Pahang dilakukan oleh MRCB dan syarikat lain. Mungkin MRCB membeli batu kuari atau boulder rock dari kuari saya. Tapi, itu adalah keputusan komersial MRCB dan tidak ada kena mengena dengan Dato' Najib", Kata Ariff Sabri. Menegani kuari yang dikatakan berjuta ringgit pula, beliau mendakwa telah membeli kuari tersebut sebelum menjadi wakil rakyat lagi. "Tidak ada kena mengena dengan Dato' Najib. Kuari tersebut adalah milikm PASDEC dan saya beli dengan harga RM1.2 juta. Bayaran muka RM100,000 dan bakinya dibayar secara ansuran. Alatan dalam kuari itu memang bernilai jutaan ringgit dan kesemuanya dibeli oleh kami. Tiada kena mengena dengan orang lain", kata beliau lagi. Baca seterusnya jawapan beliau "Menjawab Tuduhan Seorang Machai Upahan" di blog peribadinya.

[Ironinya, tuduhan liar pasti akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang sudah tidak sehaluan dengan parti atau kumpulan masing masing. Baik di pihak pembangkang mahu pun kerajaan itu sendiri. Justeru, sudah menjadi lumrah pasti akan ada yang berkata negatif biar pun sebenarnya semua yang diperkatakan itu tidak benar sama sekali. Semoga Sakmongkol dan Wan Zamzuri Wan Hassan dapat memahami senario ini. Tidak perlu menuding jari menyalahkan pihak lain yang ingin meneruskan perjuangannya. Berjuang ada kalanya memerlukan pengorbanan. Ramai yang terkorban sebelum menamatkan perjuangan. Namun, ramai juga menukar arus perjuangan selepas melihat perjuangan asal lari dari matlamatnya. Hanya rakyat sahaja yang berhak menilai siapakah yang berada di landasan perjuangan sebenar. Oleh itu teruskan perjuangan walau dimana jua berada. Apa yang penting ialah kejujuran dan keikhlasan itu penting untuk yakinkan rakyat. Apapun, Selamat berjuang buat semua].
Share:

17 ulasan:

  1. Mohd. Isa kesal dilabel golongan buta dan tuli

    KUALA LUMPUR 5 April - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi kesal dengan tindakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melabelkan pihak yang mendesak beliau menjelaskan segala dakwaan ke atasnya sebagai golongan buta dan tuli.

    Sambil menafikan Azmin pernah menjelaskan segala dakwaan seperti pembelian saham bernilai jutaan ringgit, isu kontroversi isterinya, Shamsidar Taharin serta kesahihan nasab biologi seorang ahli keluarga beliau kepada akar umbi, Mohd. Isa berkata, rakyat tidak buta dan tuli.

    "Saya berasa sangat kesal dengan jawapan Azmin sedangkan ahli-ahli akar umbi dan rakyat keseluruhan ingin tahu dan mahu penjelasan. Kalau kita di pihak yang benar, apa masalahnya buat penjelasan berulang kali? Soalnya tiada penjelasan kepada akar umbi.

    "Kalau Azmin kata dia sudah jelaskan, kami mahu beliau tampil dan jelaskan lagi, sebab kami tidak pernah tahu ada penjelasan terhadap segala dakwaan yang dibangkit, ini soal kepercayaan rakyat dan soal integriti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azmin ketika ditemui pemberita di Parlimen apabila Timbalan Presiden PKR itu berkata: "Tak ada apa... Berapa kali nak jawab? Hanya orang buta dan tuli saja yang tidak tahu,".

    Semalam, Mohd. Isa mengetuai PKR Cabang Ampang mendesak Azmin menjawab segala dakwaan yang dikaitkan dengan beliau dan isteri atau meninggalkan parti berkenaan jika enggan berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik PKR.

    Antara dakwaan yang dikaitkan ke atas Azmin adalah mengenai dari mana datangnya wang Shamsidar membuat transaksi pembelian saham bernilai RM2 juta dari tahun 1992 hingga 1998 sedangkan sepanjang tempoh itu beliau hanya penjawat awam dengan gaji sekitar RM3,000.

    Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau, Shamsidar serta seorang ipar memiliki akaun saham bernilai RM8 juta pada awal 90-an selain didesak menyahut cabaran beberapa pihak menentukan kesahihan nasab biologi salah seorang ahli keluarga beliau.

    Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Isa berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang ugutan kerana membuat desakan terhadap Azmin sebaliknya mendapat banyak sokongan daripada pemimpin akar umbi PKR atas keberaniannya.

    "Rata-rata mereka setuju dengan tindakan ini kerana kita mahu tahu perkara sebenar, kita tidak mahu rakyat hilang kepercayaan kerana jika dakwaan sebegini tidak dijelaskan segera, pembangkang khususnya PKR akan kalah teruk," katanya.
    heivast

    BalasPadam
  2. elombang tolak Azmin bakal meletus

    KUALA LUMPUR 5 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang terpalit dengan pelbagai dakwaan termasuk kisah kontroversi isterinya, Shamsidar Taharin bakal berdepan gelombang penolakan yang lebih besar daripada pemimpin akar umbi PKR selepas ini.

    Beberapa bekas pemimpin parti tersebut juga percaya tempias gelombang penolakan berkenaan akan turut melanda Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu sendiri berdepan dengan pelbagai masalah moral yang sehingga kini gagal dijawab secara konkrit.

    Bagaimanapun, bekas peguam Anwar yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau yakin Azmin tidak akan menjawab segala desakan daripada pemimpin akar umbi PKR, sebaliknya pihak yang mempersoal perkara itu bakal dipecat.

    "Sebenarnya gelombang penolakan terhadap Azmin ini sudah lama berlaku sebab itu kita lihat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim bertindak menentang beliau pada pemilihan PKR yang lalu. Zaid berbuat demikian kerana beliau mendapat sokongan dan mereka yang menyokong adalah akar umbi.

    "Cuma nasib mereka yang berani menentang Azmin akan berakhir dengan pemecatan kerana itulah demokrasi ala PKR. Azmin anak emas Anwar dan sesiapa yang berani mencabar, mempertikai atau mendesak beliau secara terbuka pasti akan dihukum.

    "Tapi kali ini desakan dibuat berdasarkan kesedaran ahli akar umbi mengenai kegagalan Azmin menjawab segala tuduhan ke atasnya. Ini menimbulkan pelbagai keraguan dan gelombang ini bakal berterusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas tindakan berani PKR Cabang Ampang, diketuai Ketua Penerangannya, Mohd. Isa Mohd. Saidi, mendesak Azmin menjawab segala dakwaan yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR itu atau bertindak meninggalkan parti jika enggan berbuat demikian.

    Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip pula mengucapkan tahniah di atas keberanian Mohd. Isa serta meminta Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang itu agar bersedia untuk dilabelkan sebagai pengkhianat dan tali barut UMNO.

    "Ternyata masih ramai pemimpin akar umbi PKR yang cerah hati dalam menilai moral pemimpin mereka dan saya percaya selepas ini lebih ramai pihak akan membuat desakan serupa sebagaimana dilakukan Mohd. Isa. Kami sendiri sudah melakukannya dahulu," katanya.
    1

    BalasPadam
  3. WZWH patut berterima kasih kepada Wan Amizan kerana menghadiahkan kepadanya Nissan Tiena, sepabagai upah menjadi penyokong setianya!

    Sekarang ini WZWH sedang berusaha melobi dan menjtuhkan Dr Shukri di Dun Pulau Tawar supaya ditukarkan ke Dun Pulau Tawar.

    Org yg dah dapek upah, bolehlah cakap banyak!

    BalasPadam
  4. Syabas sakmongkol anda seorang anak jantan,BERSAMA KITA BONGKAR PENGAMPU, PEMBODEK, DAN PENCACAI DI PARLIMEN PEKAN, MEREKA BAGAIKAN CACING KEPANASAN,PRU 13, AKAN MENGAJAR MEREKA,TERUSKAN PERJUANGAN, BIAR SIFAR UNDI UNTUK PM, ALLAH BERSAMA ORG YANG BENAR, TEGAK KAN KEADILAN WALAU WADAH BERBEZA,BUKAN ROSAK AKIDAH, ANDA TETAP ISLAM, JADIKAN UMPORNO DAN ALTANPORNO SERTA PENGAMPUBODEK PM TAHU LANGIT TINGGI RENDAH, hidup dengan projek projek projek. itu lah kalu dah busuk hingga ke usus.DUNIA SAJA DLM INGATAN AKHIRAT TAK MAHU AMBIL IKTIBAR.TALQIN KAN UMNOOO.

    BalasPadam
  5. Manusia TIDAK DAYUS dan TIDAK BACUL macam Azmin Ali ini molek sangat diberikan sambutan BOOOOOOO.... kalaupun tidak BOM TELUR BUSUK!

    BalasPadam
  6. anon 9:37.

    Sakmongkol ni dah jadi 'orang yg benar' sebaik saja masuk DAP.Nampaknya bukan hanya Pas parti jamin syurga,Dap pun dah sama taraf.Kah,kah,kah, ini fatwa tok guru yg sedang tenat tu,harapa dia sembuh dan sempat bertaubat.Setahu aku DAP ni parti yg sentiasa curiga kepada Islam,bagaiman boleh menjadikan Sakmongkol 'orang yg benar'.Bagi aku Pas pun dah jadi parti sesat apata lagi DAP begitu juga PKR,jadi siap yg bersama mereka tentulah sesat sama.

    Lagi pin,maaflah lah aku kenal Sak ni dah lama,kalau di ukur dari segi sikap prihatin pada rakyat Najib jauh lebih baik dari dia ni.Dia ni alahai...semuanya ada udang di sebalik batu.Katanya dia masuk DAP atas arahan Ku Li,dia tak mahu mengaku yg itu adalah keputusan dia sendiri,org perjuangan tidak begitu.

    BalasPadam
  7. Salam Sejahtera
    Sakmongkol ni mmg tak mengenang jasa. Orang beri madu, dibalasnya tuba. Siapa tak kenal Arif Sabri yg sibuk menjual lot tanah di Sri Damai masa dia jadi YB dulu melalui brokernya bernama Wahid. Betapa ramai yg menjadi mangsa dek tanah TOL diorang dilapis oleh dia ni. Tunjuk sgt seolah beliau berkuasa masa jd YB. Itu yg ditolak oleh akar umbi. Mengenai hal kuari, saya pernah dengar sendiri dari mulut beliau masa baru2 memiliki kuari di kws Bukit Bekelah tu. Katanya beliau amat berterima kasih sbb Dato Nan MB Phg bantu beliau dgn benarkan beliau miliki kuari walaupun dgn modal kecik. Byr sikit2 plk tu. Ini disebabkan kuari tu asalnya milik anak syarikat kjaan phg. Tapi lihatlah skrg, habis kepimpinan negeri dan negara dibantainya. Macam la dia sorang yg betul. Berdasarkan pengalaman saya yg kenal lama dgn beliau dan beliau juga mengenali saya, saya sgt kecewa kerana beliau berpaling tadah dan tidak mengenang jasa Dato Najib yg mengangkat beliau ke tahap tinggi dulu. Kelulusan tinggi beliau bukan menjamin beliau boleh berkhidmat dgn baik kpd rakyat. Cakap boleh la.. Masa diberi peluang berkhidmat, lebih banyak masalah yg timbul dan tak mampu diselesaikan beliau.

    BalasPadam
  8. Aku peduli apa dia datang ke dia nak bla ke. Ada aku kesah hahaha.....

    BalasPadam
  9. Aku peduli apa dengan dia.

    BalasPadam
  10. Salah satu cara PKR nak halau Orang Melayu dari Shah Alam, bandar raya yang majoritinya adalah orang Orang Melayu. Lepas PKR ambil alih Selangor, dah banyak bangunan-bangunan strategik dalam bangunan ini telah dijual kepada syarikat Singapura. Salah satunya adalah The Mines.

    BalasPadam
  11. Bekas penyokong Anwar.Sabtu, April 07, 2012 1:59:00 PTG

    Dalam keadaan sekarang aku ingin nasihatkan Azmin supaya meninggalkan bidang politik,lebih baik balik kepangkuan keluarga dan meyepikan diri untuk kebahgian diri dan keluarga.Politk tak kemana,tambahan dalam keadaan sekarang di mana masa depan PR kian tidak menyerlah dan lebih mudah utk kalah.

    Isu yg dibangkitkan mengenai Azmin sangat berat dan menyeksa jiwa.Walau pun dia dapat membohongi pengikut dgn menafikan segala yg di katakan mengenainya,namun hati kecil,Allah saja yg tahu.Rasuah mungkin soal biasa tapi bila isteri kita di katakan bermain kayu tiga dgn bos kita sehingga melahirkan anak itu cukup menyiksa jiwa.Apatah lagi perkara berkaitan di timbulkan adik sendiri.Bagi pnyokong Azmin mungkin menganggapnya fitnah,tapi percayalah lebih ramia pihak yg mempercayainya,apatah lagi dalam keadaan sikap bersilat Azmin yg kurang meyakinkan.Malu dan menyakitkan jiwa.

    Saya percaya bila Ummi menceritak bahawa di rumah Azmin tidak pernah makan berhadapan dgn isterinya dan sering memaki hamun isterinya dgn kata-kata yg kesat.Tapi demi politik di luar ianya disandiwarakan dgn senyum manis.Dulu saya juga pernah menghina Ummi,tapi sekarang saya sudah mengenali Ummi agak lebih dekat,biar pun beliau di tuduh 'sundal' oleh penyokong Azmin,namun saya melihat beliau seorang yg cukup komited,berani dan lebih ikhlas dan berterus terang dalam mendedahkan kebejatan Anwar,Azmin WA dan Shamsidar.Saya lebih concodng mempercayai nya ,selepas meneliti apa yg di sampaikan.

    BalasPadam
  12. Maaf...Pagi tadi jam 10 pagi saya nak ke bandar Ikan Patin....semasa menunggu nak keluar ke jalan besar....maka melintas bas PLKN...dengan dipenohi peserta2 yang dah KELoMPONG PIPI (orang tua)..rasa terkejut juga...PLKN untuk orang 70 Tahun.....

    BalasPadam
  13. Syabas Azmin dan sakmongkol jangan layan puak puak umporno, dia org sedang pening kerana sedang menghadapi masa bagaimana nak jadi pembangkang selepas ini.. Anda berdua antara hero hero dalam pembikinan. teruskan perjuangan dan nyahkan parti yang sedang mereput ini. hidup pkr, hidup PAS, hidup DAP. BIARKAN MEREKA DIMAKAN FITNAH YANG MEREKA CIPTA SELAMA INI. HANCUR UMNO,HANCUR BN.TIADA FITNAH TIADA UMPORNO.

    BalasPadam
  14. Anon Saturday, April 07, 2012 4:13:00 PM...
    Kalau anda memang seorang yang BODOH, PANDIR dan BACUL, tak usahlah mempamerkan kebodohan dan kebaculan anda di sini. Kalau memang benar Azmin pujaan hati anda itu seorang jantan DAYUS dan BACUL macam anda, apakah itu juga salah UMNO?

    BalasPadam
  15. Cukuplah sekadar saya mengatakan bahawa keturunan Wan Zamzuri Bin Wan Hasenan adaalah keturunan pembohong besar.

    BalasPadam
  16. org ameno ni sama aje, dulu beli kuari tu bukan juta2...RM1 aje kan, tak pun dua tiga hengget aje, lepas tu bagi balik kepada tokey ah chong Ang kan...yg zaman berzaman tipu kerajaan negeri kata tak pernah untung, tu kuari usahasama dgn pknp, org kuat ameno pekan pun beli share negeri dgn RM1 hengget aje...hutang dlm company tu semua dgn tokey tu aje...so, dah lah bertahun joli buat duit tampa ada pulangan ke negeri, dpt pulak hakmilik 100% pun mcm dpt free aje...itulah sakmongkol punya croni, dia menumpang tui aje, nama dlm S&P...he.he.he...semua politician main wayang ajeeee

    BalasPadam
  17. Leh percaya ke 5 tahun tak dpt gaji dan elaun...cuma diberi sebuah kereta nissan??? cuba kira sikit..kalau gaji rm5000 x 12bulan = rm60,000.00 x 5tahun = rm300,000.00. itu cuma gaji tak termasuk elaun...end up dgn sebuah kete nissan berharga kurang dari 200k??? 5tahun tak dpt gaji dan elaun...anak bini nak makan apa? anak2 nak sekolah mcm mana? persiapan ramadhan dan raya mcm mana? tak kan harapkan gaji isteri je (kalau si isteri bekerja). uhhh....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.