
KUALA LUMPUR, 13 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas Corporation bagi mengusahakan kilang nadir bumi. Hakim menolak permohonan tersebut atas alasan ianya masih dalam perbincangan dan Parlimen sedang menimbangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) bagi membincangkan perkara itu. Gabungan Solidariti Hijau SeMalaysia- Stop Lynas (SHS-SL) Zulkefly Mohamad Omar (foto) bagaimana pun berkata, pihaknya akan terus membuat rayuan berhubung perkara itu kerana tidak yakin dengan PSC. "Kita akan terus membuat rayuan kerana kita memang menolak PSC. "Tengok PSC mengenai penambaikan pilihan raya baru-baru ini, tidak semua laporan dibentangkan dalam perbahasan. Kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku," kata beliau. Sehubungan itu beliau sekali lagi menyeru rakyat turun ke himpunan aman besar-besaran yang akan diadakan serentak di sebelah lokasi seluruh negara selepas solat Jumaat, pada hari ini.
[Keputusan yang sudah dijangka tidak akan berpihak kepada rakyat. Kes ini samalah dengan apa yang berlaku terhadap Felda baru-baru ini. Alasan yang cukup mudah diberikan oleh mahkamah untuk menidakkan usaha rakyat menghalang penipuan serta penyelewengan terus dilakukan oleh puak-puak UMNO BN. Justeru, orang ramai digesa hadir dalam perhimpunan aman di Masjid Al-Fatah, Batu 3 Kuantan selepas solat Jumaat hari ini untuk menyatakan sokongan mereka terhadap bantahan Lynas. Gelombang yang sama akan bergema di seluruh negara pada hari ini. Ianya adalah isyarat yang cukup jelas untuk membuktikan rakyat tidak mahu hidup mereka berisiko dan dijadikan "tikus makmal" oleh beberapa kerat individu yang hanya mengejar kemewahan dan sanggup mengadaiakan nyawa mereka. Maka itu rakyat digesa teruslah berjuang!].
[Keputusan yang sudah dijangka tidak akan berpihak kepada rakyat. Kes ini samalah dengan apa yang berlaku terhadap Felda baru-baru ini. Alasan yang cukup mudah diberikan oleh mahkamah untuk menidakkan usaha rakyat menghalang penipuan serta penyelewengan terus dilakukan oleh puak-puak UMNO BN. Justeru, orang ramai digesa hadir dalam perhimpunan aman di Masjid Al-Fatah, Batu 3 Kuantan selepas solat Jumaat hari ini untuk menyatakan sokongan mereka terhadap bantahan Lynas. Gelombang yang sama akan bergema di seluruh negara pada hari ini. Ianya adalah isyarat yang cukup jelas untuk membuktikan rakyat tidak mahu hidup mereka berisiko dan dijadikan "tikus makmal" oleh beberapa kerat individu yang hanya mengejar kemewahan dan sanggup mengadaiakan nyawa mereka. Maka itu rakyat digesa teruslah berjuang!].






Salaam,
BalasPadamjangan putus asa. Mahkamah memutuskan berdasarkan fakta semasa. Bila tiba masa yang sesuai, permohonan berdasarkan pelbagai sebab sebab tindakan yang sesuai, berdasarkan undang-undang masih boleh dilakukan.
Doa saya kepada sekalian saudara saudari. agar kemenangan dan kebenaran akhirnya di capai.
Kesabaran dan ketabahan adalah 'senjata' kita semua. Insyaallah.
Selawat dan salam ke atas rasul junjungan dan para ahli baginda.
Ya Allah, bantulah sekalian kami hamba hamba Mu yang lemah lagi daif.Ya Nur, Ya Quddus, berilah petunjuk, hanya Engkau yang memberi hidayah, dan hanya Engkau yang berkuasa ke atas sekalian makhluk makhluk Mu
Amin.
W'salam,
Insan Subuh.
kalau berada di atas landasan yang betul pasti akan ade kemenangan.kalau berada di landasan yang salah...fikir-fikirkanlah...
BalasPadamRare Earth (Nadir Bumi) atau Tanah Jarang adalah kejadian semula jadi anugerah Tuhan kepada umat manusia. Saya kerap merujuk kepada Tanah Jarang berbanding dengan Nadir Bumi kerana kerap mengelirukan. Dalam bahasa mudah Tanah Jarang bermaksud Jarang-Jarang ada di dalam bumi/tanah misalnya logam-logam seperti biji timah, besi, petroleum dan gas serta lain-lain lagi. Di Malaysia misalnya dari perut bumi kita di anugerah Bijih Timah, Besi, Petroleum dan gas. Tidak banyak negara yang dianugerah bahan semulajadi ini. Kalau di negara-negara Arab mereka kaya dengan petroleum. Semua yang disebut ini adalah di antara contoh bahan-bahan berkaitan dengan Tanah Jarang. Apakah aktiviti yang disebutkan ini tanah jarang berkaitan dengan bahan radioaktif semulajadi? Jawapannya Ya; yang membezakanya ialah sejauh mana tahap kandungan radioaktif semulajadi yang terdapat setiap aktiviti. Pernahkah kita terfikir bagaimana bahan radioaktif semulajadi tersebut wujud bersama-sama di dalam bumi Allah ini dan kita keluarkan dari perut bumi bersama-sama misalnya semasa kita melombong bijih timah atau menggerudi petroleum? Saya tinggal persoalan kepada kita semua, satu ketika dahulu zaman British, aktiviti perlombongan bijih timah sangat banyak di Tanah Melayu terutamanya di Perak, selepas mereka mengambil bijih timah, di manakah mereka membuang segala saki-baki tanah tersebut? dan sudah tentu terdapat banyak bahan radioaktif semula jadi di dalamya. Saya percaya semestinya membuangnya di merata-merata tempat dan sudah tentu di kawasan berdekat tempat pemprosesan (kilang) bijih tersebut. Fakta yang menarik di sini ialah perkara sudah berlaku sejak ratusan tahun dan sudah tentu terdapat penduduk yang tinggal di kawasan tersebut dan setakat yang saya tahu mereka sehingga sekarang hidup seperti biasa sehingga anak cucu. Jelas disini kesan bahan radioaktif semulajadi tidak nampak secara jelas. Kita ambil contoh bagi mereka yang suka makan pisang, di di dalam pisang pun terdapat bahan radioaktif semula jadi, malah masuk terus di dalam perut kita, saya pun ingin bertanya kenapa setakat ini saya nampak OK atau mungkin tahap radioaktif semula jadi di dalam pisang itu di bawah tahap yang dibolehkan ataupun badan kita juga memerlukan bahan radioaktif semulajadi. Bagi mereka merokok juga, di dalam tembakau pun terdapat bahan radioaktif semulajadi.
BalasPadamSaya ingin tinggalkan satu persoalan berhubung dengan bahan logam namanya Tantalum dan amang iaitu bahan sampingan perlombongan bijih timah. Kedua-dua bahan ini berkait rapat dengan bahan radioaktif semula yang banyak terdapat di Malaysia tetapi agak terdedah kepada kita sejak sekian lama..., setahu saya tahap radioaktifnya boleh sampai berpuluh kali ganda berbanding tanah jarang Lynas, kenapa agaknya kita memperdulikanya? cuba kita tengok laman web ini, Tajuknya Curi Tantalum, nampak mereka kat situ biasa sahaja, tuan punya negeripun nampak macam rilek..
http://pasbukitbendera.com/index.php?option=com_content&task=view&id=2675&Itemid=1
Kita boleh dapat sikit pengetahuan tanah jarang di sini
http://www.arafuraresources.com.au/nolans-project/whyalla-nolans/2011-10-06-05-49-41.html
Untuk tengok kereta masa depan menggunakan bahan radioaktif semulajadi thorium bagi ganti minyak kereta, besar cawan sahaja boleh tahan sampai lebih 30 tahun kat sini
http://reviews.cnet.com/8301-13746_7-20100035-48/is-a-nuclear-powered-car-in-our-future/
-- Kita akan belajar lagi jika berpeluang apa itu SISA (Waste) dan BAHAN BUANGAN (residue)
PisangAbu
Moga ramai lagi rakyat Malaysia ini yang menpunyai pemikiran yang macam PisangAbu. Memberi infomasi yang baik tidak menulis mengikut hawa nafsu sahaja.Syabas PisangAbu! Wahai rakyat Malaysia sekalian carilah maklumat2 sebanyak-banyaknya, jangan bergantung kepada sebelah pihak sahaja dan yang terbaik dapatkan maklumat atau fakta dari pihak arif akan hal yang berkaitan sepertimana ucapanan TGDS Haji Hadi kalau nak tahu pasal kelapa sawit jangan tanya pakar getah.Cuba anda renungakan dan fikir2kan kata2 TGDS Haji Hadi, walaupun kelapa sawit dan getah adalah sektor @ class yang sama iaitu pertanian @ pokok tetapi ianya banyak kelainan.(Semoga Allah terus Allah terus memelihara TG kesilapan & kesalahan dan berkati keatasnya.)Apabila anda semua dah dapat segala macam fakta cuba analisisnya dan timbangkannya dengan niat untuk mencari kebenaran dan bertawakal kepada Allah.Moga Allah memberikan kita pentujuk dan kita tidak termasuk dalam golongan orang zalim, pembawa fintah atau kita duduk dalam golongan yang membawa kerosakan. Disini juga saya ingin menekan jika kita duduk dalam golongan penyebar fitnah amat buruklah kita kerana fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Ya Allah tunjuklah kami akan kebenaran, sesungguhnya kami manusia ishan yang lemah dan jahil, Engkaulah yang Maha mengetahui akan segala sesuatu. Amin.
BalasPadamHujah Lynas dengan memberi contoh makang pisang adalah satu penghinaan kepada pemikiran manusia.
BalasPadamUngsur nuklear ni bila berlaku proses pemisahang amat bahaye.
Dok caya, cube rujuk ucapang pres. Obama di nuclear safety summit di korea selatang baru baru ni.Yang dia maksudkang "raw nuclear material' tu, yang akang diwarisi olah oram pahang dang malaysia.
Dari bahang mentah nuklear nanti bila di campur bahang lain yg tertentu akan menjurus kepada proses pengayaang nya.
Kalau nok buat mende gini, kena rujuk bukan sekador jurutera kimia yang khusus untuk perlombongang dang buat pitih saje.Kena libatkang pakar nuklear fizik, pakar perubatang berkaitan nuklear,pakar struktur kejuruteraang yang paham tabie ungsur ungsur nuklear,jururundim pengurusang bahang buangam, pakar 'pembersihang seandai berlaku kemalangang. Bomba kite pulok dok di latih urus mende ni.
Piawai yang perlu diikuti, hendoklah lebih ketat dari loji oil & gas. Buffer zone pung perlu lebuh jauh.
Ok, jumpa lagi, ada rezeki buleh makang pisang reboos.