script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Turun Bendera, "Majlis Perbandaran Kuantan" Di Gesa Tidak "Double Standard" Jalankan Tindakan

KUANTAN, 18 April - Susulan kenyataan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Dzulkifli Yaakob (foto) semalam yang menegaskan pihaknya akan menurunkan kain rentang, poster dan bendera parti-parti politik yang di pasang di beberapa kawasan penempatan dan jalan raya sekitar bandar ini. Maka, PDO amatlah berharap agar MPK tidak "double standard" dalam tindakan mereka. Oleh kerana tindakan itu diambil bagi memastikan pemasangan poster dan kain rentang itu tidak mengganggu lalu lintas dan membahayakan pengguna jalan raya, maka MPK sepatutnya menfokuskan lokasi di kawasan pusat bandar terlebih dahulu sebelum ke pinggir-pinggir bandar. Berdasarkan kepada kenyataan Yang DiPertua MPK itu, antara kawasan yang dikenalpasti dipasang dengan bendera, kain rentang dan poster ialah di Jalan Beserah, Jalan Air Putih dan di kawasan-kawasan perumahan semata-mata. Sedangkan MPK sepatutnya menumpukan lokasi di pusat bandar terutamanya berhampiran Pejabat UMNO Kuantan, di Jalan Mahkota dekat sini. Tinjauan PDO mendapati, bendera UMNO dan Barisan Nasional dipasang sewenang-wenangnya pada pokok-pokok yang terdapat di sekitar kawasan terbabit iaitu berhampran Masjid Negeri, Sultan Hj.Ahmad Shah I sehinga ke kawasan berhadapan Pejabat Pos Negeri. Malah, bendera yang tersebut bukan hanya dilekatkan begitu saja, malah pihak berkenaan memaku kayu bendera pada pokok-pokok berkenaan. Bukakah itu boleh merosakkan pokok terbabit sebenarnya. Malah, ada diantara bendera tersebut betul dipacakkan hingga menghalang lalu lintas. Itu belum termasuk yang jatuh menyembah bumi lagi. Maka, itu, Dzulkifli digesa mengarahka anak buahnya membuat rondaan di kawaan terbabit terlebih dahulu sebelm menfokuskan kawasan lain. Memang benar ada banyak bendera yang dipasangkan di taman-taman perumahan dan lokasi-lokasi tertentu. Cuma, MPK perlulah adil dalam membuat tindakan. Jangan hanya bendera parti pembangkang sahaja yang diutamakan, sebaliknya mereka tidak berani membuang bendera yang dipasang oleh parti UMNO.


Penguatkuasa MPK sanggup memanjat pokok hanya untuk buang bendera PAS

Musykil, kenapa bendera UMNO BN dibiarkan pula oleh MPK tanpa tindakan

Aneh, macam mana bendera UMNO BN dalam bandar ini tidak disedari MPK
[Semalam, YDP Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu juga berkata semua parti politik yang ingin menggantung kain rentang, poster dan bendera masing-masing semasa pilihan raya nanti perlu memohon permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), bukannya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Soalnya, jika mengantung bendera dan banner pun mahu dirujuk kepada pihak polis, maka apa tugas MPK sebenarnya?. Bukankah semua itu adalah tugas MPK?. Nampak benar MPK cuba melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pihak polis yang sudah terlalu banyak tugas yang lebih utama untuk mereka jaga. Usahlah dibebankan lagi pihak polis dengan kerja-kerja hakiki MPK. Cukuplah dengan kerja polis meluluskan permit ceramah dan sebagainya. Tindakan ini, seolah-olah ingin menyusahkan lagi parti politik terutamanya pembangkang pada PRU-13 ini sebenarnya. Justeru, MPK digesa melakukan tugas dengan profesional dan tidak terikut-ikut dengan arahan politik kerana semua rakyat tidak kira penyokong kerajaan atau pun pembangkang adalah pembayar cukai kepada pihak berkuasa tempatan terbabit. Maka, itu bertindak adillah kepada seluruh rakyat Kuantan jikalau majlis tempatan itu ingin agensi terbabit terus dihormati].
Share:

13 ulasan:

  1. MEMANG DOUBLE STANDARD, PANTANG NAMPAK PEMBANGKANG PUNYA BENDERA DAN POSTER KETAR KEPALA NAK BUANG. KADANG KADANG BENDERA PEMBANGKANG DILETAK DI TEMPAT YG TIDAK MENGGANGGU PUN DIBUANG,NAK DI GUANAKAN HIDUP DALAM NEGARA DEMO KASI BERSABAR JE LAH. IKUT LAH PERATURAN YG MEREKA BUAT.KALAU BN DAN UMPORNO SEMUA BERES BELAKA. PDO BONGKAR LAH APA YG PATUT..

    BalasPadam
  2. Dah namanya Gerombolan jadi keje2 pun mencerminkan ala gerombolan. Mereka ini semua alat perkakas UMNuu/BN hanya tunggu masa untuk digerakkan saja. Mereka ini ( semua kakitangan awam )perlu ingat ari ini mereka gaji yang ta seberapa dari kerajaan BN tapi soal pokok ialah gaji yang mereka menerima tidak boleh ditukar milik ngn Amanah Rakyat yang mereka pikul sebab pada akhirnya, tolak campur camane pun gaji mereka dibayar oleh Rakyat. Jadi INSAF ler wahai penjawat awam. Patuhi ler undang2 dan peraturan tanpa memilih bulu.
    Hari ini kita mempersoalkan tindakan pemimpin UMNU/BN yang bagitu RAKUS dalam mengkhianat AMANAH RAKYAT.Sejak pemerintahan BN, negara telah jadi miskin, wang malaysia jatuh setiap hari berbanding dengan negara2 jiran dan jika dibandingkan dengan USD dan Euro dollar kita dah jadi miskin. Sebiji apple harganya 1.5rm. Boleh terima diakal ker. Hasil negara, bijih besi, Emas di Pahang ( terdapat 5 lombong ),perusahaan pasir, balak, sawit dll. Mana pergi wang hasil daripada perusahaan ini. Skandal demi skandal telah didedahkan oleh pihak pakatan. Adakah kita rakyat malaysia yang berpegang kepada ajaran Islam sanggup membiarkan regim seperti ini bermaharajalela. PTPTIPU salah satu cara membunuh rakyat.
    TERKINI, dua syarikat kroni PM sudah mendapat kontrak untuk saman pengguna jalanraya. Kemera sudah siap dipasang dijalan2raya, kompaun maximum telah siap dibuat RM300.00.Syarikat ini akan kutip kompauan melalui surat tawaran bayar segera atau bayaran lewat harga lagi tinggi. MEREKA SUDAH JADIKAN PENGUTIPAN KOMPAUN SATU INDUSTRI YANG MEMBAWA HASIL KEPADA KERAJAAN DAN KRONI. SESIAPA YANG TIDAK BAYAR AKAN DIISENARAI HITAMKAN. SANGGUP TUAN2 MEMBIARKAN PERKARA INI BERTERUSAN. Kesalahan lalu lintas tidak boleh dibiarkan jadi satu Industri cari wang. Kita rakyat khususnya yang memandu kalau diberi pilihan tidak mahu berkereta tapi tiada pilihan. MANA ADA KENAIKKAN AWAM. BAS BANDAR KE TELUK CHEMPEDAK PUN DAH TIADA, JANGAN KATA KE BESERAH, BALOK. KERAJAAN MENANGGAP KITA RAKYAT INI LEMBU MEREKA. KALAU RAKYAT TIDAK BERUBAH KEPADA PAKATAN MAKA SIAP LER MENGHADAPI SEMUA INI.

    BalasPadam
  3. HAHAHAHAHAHAHAHAHH
    HHAHAHAHAHHEHEHEHEHEHEHEEHH
    HHOHOHOHOHOHOHOHOHOHHOHOOHOHOHOHHO

    BEGITULAH HENDAKNYA
    HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
    DEMANG LEBAR DAUN.

    BalasPadam
  4. Dato yang tidak layak untuk menjadi YDP kerana tak adil menjalankan tugas sebagai ketua dengan adil dan saksama ingat kena jawap Pada Allah.

    BalasPadam
  5. Dato Zul ni sejak kat Temerloh dulu lagi dah nampak terang2 ikut arahan UmnoApcoPorno. Bukannya ada pendirian mamat sorang ni!!@!!!

    BalasPadam
  6. RAKYAT FIKIR MASAK MASAK MASA UNDI IDRIS JALA DENGAN GST SEMUA NAIK

    BalasPadam
  7. Apa kurang dengan PAS... Kerana kepentingan politik sempit, PAS sanggup menghalalkan 'persetubuhan' haram dengan kafir laknat.

    BalasPadam
  8. heheheeh kena.....terima hakikat la....kalau aku pun aku akan buat bukan double.....triple standard hahhahaaaa

    BalasPadam
  9. SUDAH SAMPAI MASA NYA.BUAT LAH SEPERTI MANA MEREKA BUAT.
    ATAU PUN JANGAN LAGI BERGELAR LELAKI JANTAN.

    BalasPadam
  10. base jenis natang beruk.Bee End Parti babi

    BalasPadam
  11. Dato Zul...Lu saman aje PDO ni..

    BalasPadam
  12. senang aja cucuh api...abis cerita

    BalasPadam
  13. susahnye jabatan kerajaan dan badan berkanun nak wat kerje...semua tak kena....tak de bende yang elok...ada saje tak kena

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.