script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Bekas Pengerusi Tetap PKR Cabang Indera Mahkota Akhirnya Keluar Parti Dan Sertai UMNO !

KUANTAN, 22 April - Tamparan hebat buat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi apabila beberapa orang lagi "penyokong kuat" dan "orang kanan" parti itu di Cabang Indera Mahkota bertindak keluar parti itu semalam. Menurut laporan media, seramai 122 anggota PKR Cabang Indera Mahkota bertindak keluar parti itu untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN). Daripada jumlah itu, 90 orang menyertai UMNO manakala 32 lagi MIC. Satu majlis penyerahan borang kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Hazmi Yusof telah diadakan di Cenderawasih. Tindakn keluar parti diketuai oleh Bekas Pengerusi Tetap PKR Indera Mahkota iaitu Abdul Hamid Ibrahim (foto) atau lebih dikenali dengan gelaran "Pak Hamid". Dalam kenyataannya beliau berkata dia telah jemu dan muak dengan perjuangan yang ditunjukkan oleh PKR. "Kebanyakan yang mengikuti saya keluar daripada PKR bukan kerana pujuk rayu parti komponen BN tetapi dengan kerelaan hati masing-masing berdasarkan apa yang telah dinilai oleh mereka sendiri," katanya. Senario yang berlaku ini merupakan satu masalah besar buat PKR Indera Mahkota selepas Ahli Parlimennya Azan Ismail dilantik menjadi Pengerusi PKR Terengganu. Sebelum ini, Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Ibrahim Sidek yang merupakan orang kuat Azan juga telah bertindak meninggalkan parti itu. Dengan perkembangan terbaru ini, maka ia membuatkan lebih ramai rakyat semakin hilang kepercayaan kepada PKR cabang itu selepas ini. Soalnya, sekarang apakah PKR dapat bertahan di Parlimen Indera Mahkota selepas kontroversi ini dan Azan sendiri. Nampaknya harapan BN untuk merampas kembali kerusi parlimen itu semakin cerah dengan bersandarkan kepada apa yang berlaku sekarang ini.


Ceria, Pak Hamid serahkan borang sertai UMNO kepada Dato' Hazmi Yusof

Dato' Hazmi juga menerima kemasukan Ibrahim Sidek ke UMNO sebelum ini

Sejarah, kini hanya tinggal Lee Cheang Chung selepas Azan dan Pak Berahim
meninggalkan PKR Indera Mahkota, apakah Azan juga akan sertai UMNO?

[Keputusan yang dibuat oleh Pak Hamid dan rakan-rakannya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sememangnya selepas Pemilihan 2010 yang lalu, PKR Cabang Indera Mahkota terus bergolak. Malah, paling mengejutkan apabila kemenangan YB Azan Ismail di cabang itu telah dipertikaikan oleh kumpulan Razali Alias (lawannya bagi jawatan Ketua Cabang). Pak Hamid ketika itu adalah Pengerusi Tetap yang mengendalikan majlis terbabit. Beliau sememangnya berada dalam keadaan serba salah untuk melaksanakan tanggungjawab beliau selepas itu. Tambah parah apabila Azan dihantar ke Terengganu oleh PKR Pusat untuk memimpin parti di negeri tersebut. Tempatnya digantikan oleh Timbalan beliau, Ibrahim Sidek (Pak Berahim). Namun, Pak Berahim pula bertindak keluar PKR bersama Ketua Wanita (Kak Zura) dan lain-lainnya pada awal tahun ini. Tempatnya kemudian diambil alih oleh Naib Ketua iaitu Lee Cheang Chung. PKR Indera Mahkota senantiasa dilambung ombak dan badai yang tidak berkesudahannya. Kini dilaporkan, PKR akan menghantar "orang luar" untuk mengambil alih tempat Azan bertanding di situ. Jika ia berlaku, maka harapan BN untuk merampas kembali kerusi tersebut bakal menjadi kenyataan jika mereka bijak berkerja. Apapun, segalanya masih ditangan rakyat untuk menentukannya. Apapun, sama-sama kita tunggu PRU-13 ini].
Share:

12 ulasan:

  1. gembira nampak umno,dengan kembalinya kepangkuan pak hamid ke umno, tetapi semua nya hipokrit politik, pak hamid seorang saja , mujur juga desperado PAS anjung selera, tak istihar bersama masuk umno, kalau tidak senyum sampai ke telinga. yang selebih nya ialah umno masuk umno dan MIC masuk BN. orang cenderawasih dan inderamahkota tahu siapa yang masuk umno itu, dan yg lain lain tu umnno dari Kg. Sg. Ular, Kuantan. pak hamid dah tak berapa kuat nak aktif, bagus juga org yg tidak berpendirian ini keluar, sorang dia je..

    BalasPadam
  2. betul betul betul, cuba perhatikan gambar mereka semua menunjukkan satu.. ya satu orang saja keh.. keh.. keh.. UMNO tertipu lagi.

    BalasPadam
  3. anonymous, ye lah orang kapong saya yang ramai menjerit di belakang tu. dari sg. ular. tak nampak pong org cdrawasih.. belalang oh belalang.

    BalasPadam
  4. keluar pkr masuk umno, keluar umno masuk pkr.apa punya tur la depa ni.aku rasa klu anwar masuk umno balik berbondong2org pkr ikut.cuba la masuk pas ke dap ke.

    BalasPadam
  5. tak payah bawa cerita ahli pakatan masuk bn. dekat pilihanraya ni. tak heran la nak lompat masuk berapa ribu pun. kalau kapal nak sampai pelabuhan. hanya orang bodoh lompat terjun kapal.

    BalasPadam
  6. sedih sungguh PDO pun tertipu, apa yang panas nya.dengar kabor puak puak india tu dari MIC masuk sekali ke BN, puak puak umno dari sg, ular tolong meramaikan org lepas tu panggil rtm, tv3,dan beberapa org wartawan hidang makan cabut nombor bertuah, lepas tu istihar umno masuk umno. org lain boleh la tipu, tak jadi ke hal. parasit yang keluar.

    BalasPadam
  7. gempaq je lebih....sekoq yang masuk meroyan sekampung

    BalasPadam
  8. bagi aku pkr bukan parti sejati.. hanya wujud waktu anwar ibrahim.. hakikatnya pkr adalah serpihan umno banyak sifat umno dalam diri ahli pkr.. yang mementingkan pangkat harta tanpa pjuangan yang telus..dan ikhlas..org pkr masuk umno org umno masuk pkr umpama adik beradik tiri antara mereka...bagi pas je tanding parlimen indera mahkota tu

    BalasPadam
  9. Apa yg ptg pru ni kerajaan mesti berubah. da terbukti umno gagal tadbir negara selama ini.

    BalasPadam
  10. koi xheran pun masuk umno ke pas ker,kuarga koi byk masuk umno!yg penting undi ke pakatan rakyat....umno kome gunakan untuk nama jer...

    BalasPadam
  11. Apa lagi orang-orang IM...walaupun bukan orang PKR tapi tanak ke gerak sedarkan orang tolak UMNO...orang beserah dah lame tolak ADNAN YAAKOB...ni tambah buat kilang Lynas itu...ajak geng2 surau,geng2 taman tolak UMNO tu....biar pahang menjadi kejutan kali ni..

    BalasPadam
  12. Kajian terakhir menunjukkan BN Pahang tergugat di 90 % kerusi DUN. Oleh itu semua rakyat, polis dan agensi2 lain janganlah beriya sangat dengan UMNO dan BN kerana Pahang akan bertukar pemerintah. Pakat2 berusaha memberikan kemenangan maksimum kepada Pakatan Rakyat. Umno menuju kuburnya...janganlah rakyat ikut masuk kubur juga.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.