script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Para "Pelajar IPT Di Benarkan Sertai Parti" Politik, Selepas Tiga Akta Di Pinda Lulus Di Dewan Rakyat!

KUALA LUMPUR 9 April - Pelajar institusi pengajian tinggi akan dibenarkan menyertai dan menganggotai mana-mana parti politik apabila pindaan pada tiga akta berkaitan dengan peruntukan itu diluluskan Dewan Rakyat kelak. Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) dan Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) dibentang buat kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (foto) di persidangan Dewan Rakyat hari ini. Pindaan itu bagi menggantikan peruntukan sedia ada yang melarang pelajar universiti menjadi anggota parti politik. Namun, pindaan itu mencadangkan sekatan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di dalam kampus bagi mengekalkan keberkecualian di dalam kampus. Antaranya ialah subseksyen 15(2) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti, subseksyen 47(2) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan subseksyen 10(2) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) yang mencadangkan pelajar universiti tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kampus bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan universiti jika pelajar itu memegang jawatan dalam parti politik. Pelajar universiti juga tidak dibenar menjalankan aktiviti politik di dalam kampus, tidak dibenar menjadi ahli kepada mana-mana persatuan dan pertubuhan di dalam dan luar kampus yang menyalahi undang-undang. Pindaan pada ketiga-tiga rang undang-undang itu juga mencadangkan seseorang pelajar universiti tidak boleh dihalang daripada membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya. Selain itu, pindaan pada seksyen 21 Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Aduan Pelajar ditubuh untuk menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa-apa aduan yang dibuat pelajar mengikut cara yang ditetapkan oleh Statut. Jawatankuasa itu akan dianggotai Naib Canselor sebagai pengerusi, dua orang ahli yang dipilih Majlis Perwakilan Pelajar-pelajar, dua orang ahli yang dipilih oleh Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti dan dua orang pegawai lain universiti yang telah dilantik oleh Lembaga.

[Ramai yang menganggap, pindaan AUKU seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan itu hanyalah satu omongan kosong untuk menarik sokongan generasi muda kepada mereka menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Amat yang pasti, memang kebenaran untuk berpolitik itu akan dikeluarkan namun ia hanya tertakluk kepada parti kerajaan sahaja dan tidak untuk sertai parti pembangkang. Inilah yang akan berlaku sebenarnya. Samalah juga dengan kebenaran kakitangan kerajaan menyertai politik. Hanya yang menyertai UMNO BN sahaja akan dilayan dengan baik, sebaliknya mereka yang menyertai pembangkang sudah pasti akan menerima tekanan demi tekanan apa ia dilaporkan kelak. Salah juga dengan golongan mahasiswa ini sebenarnya. Mereka yang menyertai parti pembangkang pasti akan berhadapan dengan berbagai tindakan yang akhirnya akan meranapkan masa depan mereka di IPT terbabit. Sudah pasti setiap gerak geri mereka akan dipantau dengan rapi dari masa ke semasa].

Share:

1 ulasan:

  1. INGAT TU ADA MAKNA TU... GULA GULA DAN JANJI PILIHANRAYA...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.