script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mazlan Bidas Ahmad Maslan Serta Dakwa Felda Di Gugat Perompak Sebangsa Dan Bukan Sebaliknya!

KUALA LUMPUR, 24 April - Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (foto) di Dewan Negara semalam bahawa Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia adalah merupakan satu inisiatif tepat sejajar dengan matlamat transformasi negara terhadap industri sawit negara ke pasaran saham adalah amat melucukan sama sekali. Ini kerana FGVH itu sendiri bukanlah sebuah syarikat yang kukuh, malah telah mengalami kerugian berbilion ringgit dalam operasinya selama ini. Maka, wajarkah syarikat yang sebegitu mahu menelan saham-saham yang lebih besar seperti Felda itu sendiri, jika tidak ada permainan "belakang"?. Malah, lebih mengejutkan apabila Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat keputusan mengejutkan apabila memecat dan memaksa semua pegawai Felda yang tidak bersetuju dengan cadangan itu "letak jawatan" dan "direhatkan". Cara pun sudah salah macam mana Ahmad Maslan boleh kata ia mendapat sokongan. Malah lebih mengejutkan lagi tiga orang Ahli Pembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang juga menjadi Ahli Lembaga Felda Holdings itu sendiri pun dipecat gara-gara tidak sehaluan dengan mereka. Ahmad Maslan "Kita sudah setuju untuk senaraikan pada Jun ini, namun apa yang penting kita lihat harga sawit amat tinggi dan sesuai untuk mengapung syarikat perladangan di negara ini," katanya semasa menjawab soalan tambahan Senator Mumtaz Md Nawi mengenai rasional FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia pada Jun ini. Terdahulu, ketika menjawab soalan Senator Ahmad Hussin mengenai faedah yang akan dinikmati peneroka dan kakitangan Felda apabila FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia, Ahmad berkata kajian manfaat penyenaraian telah dibuat dengan teliti oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan bersama perunding strategi serta penasihat. "Kajian itu merumuskan bahawa FGVH berada di landasan kukuh untuk disenaraikan pada pertengahan tahun ini berdasarkan prospek perniagaan serta industri yang memberangsangkan," kata beliau.


Mazlan Aliman berucapk semasa Konvensyen Hala Tuju Felda baru-baru ini
yang mendakwa Felda digugat perompak sebangsa dan bukan sebaliknya

Beliau berkata proses penyenaraian yang dimulakan pada suku akhir tahun lepas kini berada pada fasa terakhir termasuk menunggu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan pihak berkuasa berkaitan. "Risiko perniagaan tetap ada dalam apa jua perniagaan, namun saham melibatkan perladangan serta minyak sawit adalah stabil. Apabila FGVH tersenarai kelak, ia akan tertakluk kepada peraturan serta garis panduan tadbir urus yang ketat bagi memastikan pengurusan risikonya lebih sistematik, menyeluruh dan telus. "Ia juga akan dapat meningkatkan keupayaan FGVH untuk menguruskan risiko-risiko perniagaan dengan lebih baik," katanya. Soalnya sekarang, apakah rakyat terutamanya masyarakat peneroka boleh percaya urusan berkenaan akan dibuat secara telus seperti yang diwar-warkan. Jika tindakan Isa Samad memecat dan memaksa itu boleh dikatakan telus, maka sudah pasti hasilnya juga nanti adalah penuh dengan penipuan serta penyelewengan.

[Jawapan dari Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman ini diharap dapat menghuraikan segala kekalutan yang berlaku. Peneroka tidak harus ditipu buat selama-lamanya hanya kerana pucuk pemerintah terpaksa akur dengan kebobrokan Tan Sri Isa Samad. Beliau jelas tidak layak untuk mengendalikan sebuah agensi seperti Felda kerana dia sendiri terbukti telah dihukum oleh UMNO akibat rasuah wang ketika pemilihan parti itu. Walau pun dia dilepaskan selepas beberapa tahun, namun dia memang "perasuah". Maka, mana mungkin PM Najib Razak tergamak menganggat beliau jika tiada rahsia tersembunyi di sebaliknya. Kini Isa Samad bebas merompak harta dan hasil mahsul Felda untuk kepentingan peribadi dan proksinya. Siapa saja yang menghalang dan menentang pasti akan dinyahkan tanpa usul periksa. Isa Samad jadikan Felda sebagai harta "mak bapak" dia. Inilah yang berlaku dan perlu di sedari oleh warga Felda seluruh negara sekarang. Maka, lakukanlah perubahan!].

Share:

1 ulasan:

  1. Pembetulan!
    1. Felda Lurah Bilut dengan 1000 orang peneroka, 600 melayu, 300 cina dan 100 india.
    2.Kadar perahan maksima adalah 22.5% (kilang Lam Soon pun dapat kadar perahan 22%).. Kelemahan pengurusan menyebabkan kebanyakan kilang felda hanya dapat perahan sekitar 20-21% sahaja (termasuk peneroka chop buah sawit muda)
    3.Peneroka juga nak advance lebih, sebab tu jumlah hutang meningkat berkali ganda.
    4. Peneroka tanggung hutang berlambak kerana jual luar... masalah tu peneroka yang cipta sendiri..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.