
KUANTAN, 24 April - Aktivis membantah Lynas akan menganjurkan satu program yang dinamakan Musim Menuai "Harapan Untuk Malaysia" dimana mereka mempelawa ahli-ahli politik daripada mana-mana parti untuk bersama rakyat menandatangani "aku janji" untuk membatalkan projek kilang memproses rare-earth yang sedang menghantui rakyat Kuantan sekarang ini. Menurut pengerusi penganjur program tersebut, Vincent Jiam (foto) menegaskan acara akan diadakan pada jam 3.00 petang ini (Selasa) di Taman Esplanade berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini. Khabarnya ramai ahli-ahli politik akan turut hadir petang ini termasuk Dr.Jeyakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput) dan yang lainnya. Acara simbolik itu bagi mendapatkan sokongan pemimpin politik untuk bersama-sama rakyat dalam kempen bantahan Lynas. Malah, buku harapan yang disediakan itu akan dihantar kepada pihak yang berkenaan sebagai tanda semua rakyat termasuk orang politik turut membantah projek berkenaan. Sementara itu difahamkan, sebelah malam ini pula satu program ceramah akan diadakan di Giri Curry House, Jalan Air Putih. Ceramah bertajuk "1Care-Lynas-EO-PRU13" itu akan disampaikan oleh ahli parlimen terbabit. Kehadiran adalah percuma dan orang ramai dijemput hadir.


[Nampaknya, semakin hari semakin banyak program bantahan Lynas yang dilakukan oleh rakyat Kuantan. Mereka terus membanta sehinggalah projek tersebut dibawa keluar dari bumi Pahang ini. Rakyat sebenarnya tidak mahu menanggung risiko untuk berhadapan dengan projek berkenaan. Tambahan pula, Lynas sendiri masih keliru ke manakah mereka akan menghantar sisa buangan rare earth yang sudah diproses itu. Malah, kenyataan Presiden MCA bahawa mereka hanya akan sokong Lynas jika sisa tersebut dibawa keluar dari negara ini jelas sekali membukti beliau begitu takut akan kehilangan sokongan masyarakat Tionghua kepada parti itu pada Pilihanraya Umum akan datang. Apa yang pasti Lynas tetap akan ditolak oleh rakyat walau dalam apa jua cara sekali pun. Selamatkan Bumi!].






yang prihatin moh..segera tandatangan, nyahkan lynas biar puak puak dia yang sokong kekalkan. sebab cucu cicit dia kebal radiasi. kita rakyat marhaen PR BERSAMA bantah jangan tak bantah, semoga kesejahteraan dan keselamatan kita tidak di gugat oleh radiasi yg puak puak umno pertahankan pitih punya pasal kesejahteraan ummah ternoda..hapuskan kedua dua lembaga ini.. LYNAS dan BN?UMNO.
BalasPadamLynas bkn BN punya, dioarg masuk kt m'sia seperti pelabur2 lain jgk, cuma apabila kerajaan membenarkan kilang ni di bina di m'sia dn setelah lesen kebenaran bina kilang kt sni telah diberi mmg la Lynas akan menuntut kpd kerajaan yg meluluskan utk teruskan operasi, duit dh beratus juta kuar pastu nk stop kilang mcm tu je, klau kita pn akan marah klau org suruh roboh bangunan kita bina padahal tuan tanah dh izinkan, Lynas tak salah yg salah kerajaan m'sia yg membenarkan. kebanyakan fakta yg didedahkan ramai ahli2 PAS yg kerja kt situ,company Manpower supply pn adalah org kuat PAS yg penah masuk Harakah beri sumbangan yg byk utk perjuangan PAS.
BalasPadamramai ke yang datang sign aku janji tu? berapa puluh ribu orang? semua orang kuantan ke?
BalasPadamAbg hidup lagi ke?
BalasPadam