script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tolak Laporan Manoriti, Wakil PSC Pembangkang Membantah 'Format Laporan' Daftar Pemilih SPR

KUALA LUMPUR, 3 April - Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk menambahbaik pilihan raya menjalankan undi belah bahagi di antara sembilan orang anggotanya untuk memutuskan isu kontroversi, termasuk berhubung format laporannya. Tiga orang MP pembangkang dalam jawatankuasa itu daripada PKR Azmin Ali (Gombak), DAP Anthony Loke (Rasah) dan PAS Dr.Hatta Ramli (Kuala Krai) membantah format laporan tersebut, berbanding enam ahli lain yang bersetuju. Wakil pembangkang itu memberi alasan, majoriti anggota PSC menolak cadangan mereka untuk memasukkan Laporan Minoriti berhubung daftar pemilih yang gagal dibersihkan oleh SPR, menurut laporan PSC yang dikeluarkan hari ini. Selain itu, undian belah bahagi juga dilakukan untuk wakil pembangkang tersebut supaya petugas media dan SPR diberi kebenaran untuk mengudi awal. Majoriti ahli jawatankuasa menolak cadangan berkenaan, kecuali tiga MP pembangkang tersebut. Cadangan untuk meminda had umur kelayakan untuk menjadi pemilih kepada 20 tahun pula diluluskan dengan bantahan tiga MP pembangkang tersebut. Laporan itu merekodkan bahawa MP pembangkang berkenaan mencadangkan supaya had umum layak mengundi itu diturunkan kepada 18 tahun dan pendaftaran itu dibuat secara automatik. Undian bagi cadangan untuk melanjutkan tempoh minimum kempen pilihan raya selama 10 hari juga diluluskan dengan sokongan majoriti ahli jawatankuasa. Tiga wakil pembangkang tersebut menolak cadangan berkenaan dan mencadangkan supaya mencadangkan tempoh itu dilanjutkan sehingga 21 hari untuk membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi. Jawatankuasa itu juga meluluskan cadangan supaya mengkaji usaha untuk mendaftarkan pengundi secara automatik, dengan sokongan majoriti ahli jawatankuasa. Wakil pembangkang tersebut menolak cadangan berkenaan kerana mahu langkah itu dilaksanakan segera. Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong direkodkan tidak hadir untuk kesemua undian belah bahagi tersebut, kecuali untuk undian berhubung format laporan PSC itu.

[Nampaknya, seperti yang telah dijangka oleh seluruh rakyat akhirnya kini terserlah juga bahawa PSC yang ditubuhkan itu bukanlah satu jawatankuasa yang berhasrat untuk memperbetulkan perjalanan pilihanraya secara bebas dan telus. Namun, ia dilihat lebih kepada agenda tersembunyi pihak-pihak yang berkenaan dalam memastikan kuasa terus berada ditangan mereka sebenarnya. Kini, laporan itu diluluskan tanpa mengambilkira laporan manoriti. Jika inilah keadaannya, maka sia-sia saja PSC ditubuhkan. Tambahan pula awal-awal lagi kita sudah melihat bilangan Ahli Parlimen Pembangkang yang diundang kecil jumlahnya daripada jumlah yang diwakili penyokong kerajaan. Apa guna PSC, jika ia bertujuan untuk memperbodohkan rakyat dengan satu agenda tersembunyi yang dirancang oleh mereka. Kini, rakyat nampaknya akan kembali turun dijalanan untuk menyatakan bantahan terhadap apa yang berlaku di depan mata mereka ini. Apakah Bersih 3.0 akan digerakkan agaknya dalam masa terdekat ini. Itulah jalan paling terbaik jika tidak mahu rakyat terus ditipu].

Share:

2 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.