KUANTAN, 9 April - Gara-gara gusar dengan tekanan rakyat Cameron Highland yang mahu mengadakan Kempen Dari Cameron Ke Putrajaya (#Occupy Putrajaya) yang sepatutnya diadakan hari ini di hadapan Pejabat Perdana Menteri, akhirnya Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob bersetuju untuk membenarkan wakil mereka berjumpa beliau di pejabat beliau di Wisma Sri Pahang. Pertemuan dijangka akan diadakan pada jam 12.00 tengahari ini. Susulan daripada itu pihak terbabit telah membatalkan himpunan di Putrajaya. Sebelum ini, dilaporkan mereka akan turun beramai-ramai dan berkhemah di depan Pejabat Perdana Menteri sehingga mendapat jawapan konkrit daripada Najib terhadap enam isu utama yang mereka hadapi selama ini. Menurut Suresh Kumar (foto), selaku Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highland beliau gembira dengan kesedia Menteri Besar Pahang untuk bertemu mereka kali ini. "Selama tiga tahun rakyat Cameron Hihghland telah mendesak Kerajaan Negeri Pahang selesaikan pelbagai masalah penduduk di sini (Cameron Hihgland). Sekarang, selepas PSM lancar #Occupy Putrajaya maka barulah MB sedia berjumpa kami. Kuasa rakyat akhirnya berjaya memaksa MB berbuat demikian", lapor Suresh.

Tahun lalu, beberapa penduduk sempat berhimpun berhampiran Pejabat MB
di Wisma Sri Pahang untuk mengedarkan risalah tentang kempen mereka

Tahun lalu, beberapa penduduk sempat berhimpun berhampiran Pejabat MB
di Wisma Sri Pahang untuk mengedarkan risalah tentang kempen mereka
[Sepatutnya sudah lama MB Pahang berbuat demikian. Isu rakyat perlu diselesaikan segera, bukannya mengambil tempoh dua tahun baru mahu diberi ambil tindakan. Itu mungkin kerana desakan Pejabat Perdana Menteri yang gusar nama Najib tercemar akibat tindakan rakyat ini. Tambahan pula mereka adalah rakyat Pahang iaitu negeri kelahiran Najib sendiri. Apa yang pasti pertemuan terpaksa diadakan bagi membuktikan keprihatinan kerajaan menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Jalan penyelesaian terbaik perlulah dilakukan dan bukan sekadar janji kosong untuk meraih undi semata-mata. Apapun, kesedian MB itu juga haruslah dihargai dan inilah masanya yang paling sesuai laporkan masalah tersebut].






Tiada ulasan:
Catat Ulasan