KUANTAN, 22 April - Seramai hampir 100 orang anak muda telah berkumpul secara aman malam tadi untuk bersama-sama dalam himpunan Pra Bersih 3.0 di Taman Esplanade dekat sini. Mereka yang kebanyakannya berbaju T-Shirt Kuning Bersih 3.0 berada di situ sejak jam 10.30 malam dan kemudiannya telah beredar sekitar jam 11.45 malam. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku, cuma peserta terbabit diberi arahan oleh pihak polis agar tidak "duduk bantah" beramai-ramai di satu kawasan lapang di situ. Larangan itu dibuat atas alasan lokasi berkenaan adalah tempat irang lain "cari makan". Tambahan pula, ramai yang hadir kerana ingin melawat gerai-gerai jualan di tapak "up town" yang beroperasi malam tadi. Tidak jauh dari kawasan itu ada aktiviti hiburan karaoke disajikan kepada orang ramai. Selepas dilarang duduk bantah, semua peserta terbabit kemudiannya berhimpun di kawasan lapang di laluan keluar dari taman terbabit. Kelihatan beberapa orang anggota polis Cawangan Khas (SB) memantau keadaan. Terdapat juga Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang ditugaskan mengawal keadaan di situ. Para peserta kemudiannya beramai-ramai ke sebuah restoran berhadapan dengan Masjid Al-Fatah untuk menjamu selera "ikan bakar". Secara keseluruhannya, himpunan agak lesu kerana tiada sebarang ucapan dan kata-kata semangat seperti kebiasaannya. Semua peserta hanya duduk dan berbual-bual antara satu sama lain akibat dihalang duduk di satu kawasan lapang di situ oleh pihak polis. Apapaun, ia berjaya menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di situ.










[Himpunan aman Pra Bersih sepautnya diadakan dengan lebih banyak lagi bagi melatih rakyat untuk turun beramai-ramai di Dataran Merdeka pada 28 April ini nanti. Nampaknya, rakyat kini sudah mula bersemangat untuk turun membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terus berkompromi dengan UMNO BN untuk menipu rakyat. Biar pun SPR akui Daftar Pemilih di Malaysia adalah yang terbaik di dunia, tapi rakyat kini sudah tidak percaya dengan omongan kosong SPR. Malah, mereka lebih tahu begitu banyak penipuan dan penyelewengan daftar pemilih yang dilakukan oleh SPR untuk memastikan BN terus berkuasa selepas PRU-13 ini, walau pun majoriti rakyat sudah menolak mereka. Inilah hakikat sebenar yang berlaku dalam amalan demokrasi di negara kita. Tindakan SPR ini jelas sekali mengkhianiti kepercayaan rakyat. Maka itu, mereka harus bertindak daripada menghadapi satu pilihanraya yang jelas sekali penuh dengan penipuan itu sebenarnya. Jom "duduk bantah" 28 April ini].






Duduk,Bantah3.0 ....duduk molek2...dalam lagu Siti....!
BalasPadamtak lain dan tak bukan....dh tau dah sapa......macam mana nk maju......hahahahah
BalasPadam