
Ramai yang terkejut apabila PM Najib Razak, tiba-tiba mengumumkan beliau memangku jawatan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat yang dikosongkan oleh Senator Sharizat Jalil mulai hari ini. Najib umumkan perkara berkenaan pada majlis Pelancaran Program Karisma 1Azam peringkat negeri Pahang anjuran kementerian berkenaan yang turut dihadiri Shahrizat di Dataran Tok Gajah di Temerloh Jumaat lalu. Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April (hari ini) berikutan isu National Fidlot Corporation (NFCorp). Najib bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama beliau akan memangku jawatan berkenaan sehingga pada satu tarikh tertentu. Namun persoalannya, apakah sudah tiada wanita lain dalam UMNO yang layak memikul jawatan tersebut bagi menggantikan Sharizat?. Apakah sudah tiada lagi Ahli Parlimen Wanita UMNO yang layak memikul tanggungjawab itu agaknya?. Lantaran itu, Najib dengan berani memangku jawatan yang sepatutnya diserahkan kepada wanita itu sendiri. Ramai yang menganggap, niat ikhlas Najib itu sebenarnya "didalangi" oleh isteri beliau sendiri Rosmah Mansor. Tambahan pula, sejak Najib bergelar PM dan sejak menamakan beliau "first lady" di Malaysia Rosmah telah beberapa kali memikul tanggungjawab "menteri kabinet" yang sepatutnya dilakukan oleh Sharizat sebelum ini. Malah, dalam banyak acara terkadang Rosmah lebih menonjol daripada Sharizat sendiri. Makanya, Rosmah dipercayai mengarahkan Najib memangku jawatan tersebut supaya beliau lebih selesa menjalankan tugas berkenaan tanpa dibayangi oleh mana-mana pemimpin Wanita UMNO lagi. Lantaran itulah Najib dengan "muka tak malu" tiba-tiba memangku jawatan tersebut. Walhal sebenarnya dia mahu umumkan Rosmah Mansor yang sepatutnya dilantik Senator dan menjadi Menteri berkenaan. Inilah dia simbolik disebalik pengumuman mengejut yang dibuat oleh Najib itu. Benarkah Najib itu takut pada Rosmah sebenarnya?.

Cuba lihat reaksi air muka Najib, macam ada sesuatu yang tak kena sahaja

Cuba lihat reaksi air muka Najib, macam ada sesuatu yang tak kena sahaja
[Sebenarnya memang seantero dunia sudah tahu Rosmah Mansor begitu aktif dalam arena politik sejak suaminya bergelar PM. Semua peranan Kementerian Wanita yang diterajui oleh Sharizat Jalil diambil peranan oleh Rosman seolah olah Sharizat seorang Menteri Tanpa Portfolio. Hampir tiap malam TV3 membuat liputan penting kepada Rosmah dan semua kegiatan Rosmah di expose oleh TV3. Tidak pernah semua isteri mantan Perdana Menteri yang sudah sudah pernah lakukan peranan yang dilakukan oleh Rosman Mansor. Ada khabar angin yang tidak rasmi mengatakan bahawa PRU13 Rosmah Mansor akan bertanding sebagai Ahli Parlimen Rembau Negeri Sembilan. Kalau berita ini benar maka KJ akan tersingkir kerana beliau bukan favourite kabinet Najib. Kebetulan Rosmah juga adalah berasal dari Rembau Negeri Sembilan, kalau berita angin ini betul maka Rosmah jika menang akan menjawat jawatan Menteri Penuh dalam kabinet Najib, maka apa akan terjadi kepada Khairy Jamaluddin selepas ini agaknya].






Lagi lawak kalau Najib pilih pengganti Shahrizat dari Wanita Umno dan tak sampai berapa bulan lepas tu piliharaya dan kabinet dibubarkan.
BalasPadamSetelah meneliti secara jujur,saya mendapati Nijib lebih boleh di percayai berbanding Anwar Ibrahim.Saya menilai bahawa Najib lebih mudah utk di nasihati dan memahami kehendak rakyaat.
BalasPadamTidak berapa lama dulu saya sendiri rasa menyampah terhadap gelagat Rosmah dan keadaan Najib yg kelihatan agak lemah bila behadapan dgn Rosmah.Tapi sekarang semuanya sudah berubah,Najib sudah kelihatan KEHADAPAN dan Rosmah pula sudah kelihatan MENURUN lagak dan gayanya.Perubahan ini adalah positif dan hasil dari sifat mereka yg mudah memahami pandangan rakyat dan kesediaan mereka utk berubah mengikut kehendak rakyaat.
Ini berbeza sekali dgn Anwar Ibrahim,walau pun sudah di sumbat 6 tahun kedalam penjara ,namun beliau masih mngulang kerja terkutuk nya dengan bertambah galak.
Nalla sudah salah tuduh la..bukan Anwar tapi Najib yg biseksual sbb pegang kem wanita..ha..ha..ha
BalasPadamAnon Monday, April 09, 2012 12:25:00 AM...
BalasPadamSaya hanya berharap semoga bukan IBU dan BAPAMU yang bersalah melahirkan dan mendidikmu haingga menjadi insan tolol dan terencat akal.
Saya rasa kat Temerloh tu Dataran Kubang Gajah bukannya Dataran Tok Gajah.
BalasPadamYang tolol adalah mereka yg masih mempercayai si gila seks seperti Nuar al Jubori,dan si jantan dayus macam si Min.Yang jahil adalah mereka yg masih taksub kepada tok garu nyanyuk yg sering mengeluarkan fatwa songsang.
BalasPadam