Ramai peserta Himpunan Bersih 3.0 yang ditemui kecewa dengan sikap pihak polis terutamanya Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang tergamak menyerang mereka tanpa belas kasihan. Polis begitu menggila dan sanggup lakukan apa saja semata-mata diarahkan berhadapan dengan rakyat yang tidak berdosa. Mereka hadir dari seluruh negara untuk satu harapan iaitu bagi menyaksikan pilihanraya yang lebih bersih dan adil berlaku di negara ini. Malah kehadiran mereka bukanlah untuk menimbulkan keadaan huru-hara dan kacau bilau sebenarnya. Mereka hanya mahu "duduk bantah" di Dataran Merdeka seperti yang dirancang. Namun, dek kerana ketakutan pemimpin UMNO BN terutamanya Perdana Menteri, Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin Hussin maka polis diarahkan "berperang" dengan rakyat yang jumlahnya melebihi 100,000 orang itu. Ramai yang berpendapat, jika pun polis tidak benarkan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka, maka mereka tidak perlu menggempur para peserta. Tambahan pula mereka yang hadir terdiri dari orang tua, ibu mengandung, wanita, kanak-kanak dan termasuk juga orang kurang upaya (OKU). Maka, tindakan polis melepaskan gas pemedih mata dan water canon kepada para peserta yang berhimpun berhampiran Dataran Merdeka itu sungguh keterlaluan. Sepatutnya, polis membuka pagar dan kawad duri yang mereka letakkan demi keadilan dalam sebuah negara demokrasi. Kenapa takut untuk benarkan peserta berhimpun di Dataran Merdeka?. Apakah Najib gusar warna kuning menghiasi segenap sudut padang itu dan menyebabkan seluruh dunia akan percaya bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang?. Maka itulah sebabnya, beliau tidak mahu mendedahkan kepada dunia situasi sebenarnya Bersih 3.0 agaknya.
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik gagal ulang kejayaan
-
KUALA LUMPUR – Hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk
mengulangi kejayaan menjuarai Terbuka Denmark seperti pada 2023 tidak
kesampaia...
Sejam yang lalu






Najib takut tengok warna kuning kerana kuning itu lambang BERSIH. Tapi 1 hb Mei Najib mungkin terkejut berok mat yeh sbb tegok kakitangan awam ( Cuepacs ) pun pakai baju kuning. Ha ha ha ha apa sudah jadi???? Cupecs jugak bersih ke ????? Ingatkan PAS., PKR., DAP., Dll YANG hendakkan BERSIH????
BalasPadamBukan sebenarnya Najib takut kera kera bersih ni tak reti jaga harta benda kat dataran.... semua nak dirosakkan.
BalasPadam