
KUANTAN, 6 April - Kerajaan Negeri Pahang digesa mempercepatkan pembinaan Mahkamah Syariah Kuantan bagi memudahkan orang ramai yang berurusan dengan pihak terbabit. Ini berikutan, terdapat banyak rungutan daripada orang awam yang kecewa dengan layanan yang diberika semasa perbicaraan sedang berlangsung. "Kami terpaksa duduk bersidai di tepi longkang untuk menunggu kes dibicarakan. Bayangkan situasi begini terjadi, sudahlah perbicaraan hanya dijalankan di dalam bilik khas yang dijadikan dewan mahkamah. Bayangkan ada diantara kami yang membawa anak-anak kecil, terpaksa menunggu di luar dalam keadaan panas terik. Jika ada ruang bolehlah duduk di dalam sebuah warung yang terletak dibelakang bangunan terbabit", kata seorang surirumah yang sedang menghadapi kes cerai di situ. Tinjauan PDO mendapati suasana memang tidak selesa terutamanya kepada mereka yang baru berurusan dengan jabatan terbabit. Bayangkan orang ramai terpaksa duduk bertenggek di atas benteng longkang dan ada juga yang berdiri kerana ruang tidak mencukupi. Difahamkan, JAIP telah berpindah ke bangunan baru yang ditinggalkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan awal tahun ini. Sebelum ini pejabat mereka terletak bersebelahan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah berhampiran.

Duduk bertenggek di tepi longkang, suasana yang sungguh memalukan

Masing-masing terpaksa duduk di tepi longkang untuk tunggu perbicaraan

Sebahagian lagi terpaksa duduk di warung belakang bangunan terbabit

Duduk bertenggek di tepi longkang, suasana yang sungguh memalukan

Masing-masing terpaksa duduk di tepi longkang untuk tunggu perbicaraan

Sebahagian lagi terpaksa duduk di warung belakang bangunan terbabit
Soalnya sekarang, kenapa perbicaran tidak dijalan di Mahkamah Syariah di bangunan lama seperti biasa, sebelum dewan yang baru disiapkan?. Bukankah ia memudahkan orang ramai untuk berurusan. Bukankah dewan terbabit masih elok dan boleh digunakan sebenarnya. Kenapa perlu menyusahkan orang ramai?. Situasi ini sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku di negeri Pahang ini sebenarnya. Justeru, amatlah diharapkan agar kerajaanmenyegerakan pembinaan dewan mahkamah syariah dengan segera demi kebaikan kepada semua pihak. Amatlah tidak molek, melihat orang ramai terpaksa duduk ditepi-tepi longkang semata-mata mahu menunggu kes mereka didengar.

Bukti, dewan mahkamah di bangunan lama sepatutnya boleh digunakan
tapi telah dirombak menyebabkan keadaannya berselerak sama sekali

Bukti, dewan mahkamah di bangunan lama sepatutnya boleh digunakan
tapi telah dirombak menyebabkan keadaannya berselerak sama sekali
[Menurut sumber, Mahkamah Syariah dulunya memang berada di bawah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tetapi sekarang sudah mempunyai jabatan sendiri iaitu di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Ketuanya di Pahang ialah Ketua Hakim Syarie yang sehingga kini masih belum lagi diisi kekosongannya walau pun ia sudah lama berlaku. Kebetulan, dulu Mahkamah Syariah satu bangunan dengan JAIP dan bila JAIP berpindah mereka turut berpindah sama. Difahamkan, Pejabat SUK Pahang mahu menggunakan bangunan lama JAIP yang terletak bersebelahan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I itu. Justeru itulah JAIP dan Mahkamah Syariah terpaksa berpindah sama, kerana SUK mahu menggunakan dewan mahkamah berkenaan (foto). Malah, nama dewan berkenaan sudah pun bertukar kepada Dewan SUK Kuantan yang pada asalnya ialah Dewan JAIP. Kami akan mendapatkan maklumat terkini tentang persoalan kepada jawatan Ketua Hakim Syarie masih belum lagi diisi hingga sekarang. Ini menyebabkan banyak kes tertangguh dan ia menimbulkan masalah kepada orang ramai. Pihak yang berkenaan digesa mengambil perhatian serius terhadap senario yang berlaku ini hendaknya].






Dengar cerita JAIP nak tunggu mahkamah TINGGI dikosongkan,tapi entah BILA?? Mahkamah tinggi nak pindah ke Indera Mahkota,pun entah BILA? rakyat sensara MB peduli apa,org yg ada kuasa berdiam diri,rakyat menderita makin susah!! kes melambak lambak, negeri sebesar pahang tiada HAKIM mahkamah syariah...bayangkan apa MB ADNAN SAMSENG BUAT...SEPANJANG DIA JADI MB...fikirkan lah kita semua dgn akal yg waras..
BalasPadamjaip ni asyik dapat bangunan second hand aja. tak malu ke?
BalasPadamsilap maklumat kau orang ni....setahu kawan jaip dan mahkamah syariah adalah dua jabatan yang berbeza, masing-masing mempunyai ketua jabatan sendiri, Jaip ketuanya pengarah dan mahkamah syariah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie. cuma kebetulah berada di bangunan yang sama.... tak boleh salahkan Jaip atas semua ini, kerajaan negerilah bertanggungjawab sepenuhnya
BalasPadambetul tu JAIP dan Mahkamah Syariah tak sama. ramai gak orang pahang yang bodoh hal ni pun tak tahu. ada setengah tu kata JAIP dan MUIP sama. lagi la jahil. tak tau cerita tapi nak bersuara. nampak kebodohan sendiri.
BalasPadaminilah nasib jabatan agama. berat bahu memandang berat lagi bahu memikul. inilah bukti MB tak berapa nak kepada JAIP. kalau boleh nama JAIP ni tak perlu wujud di Pahang. warga JAIP teruskan kerja korang kerana ALlah. jangan peduli apa orang nak kata. mulut manusia memang camtu. bila dah susah, terdesak, nak mampus, nak cari imam dan segala perkara berkaitan dengan agama cari orang agama gak. orang JAIP gak yang dicari. tapi dalam masa yg sama JAIP dikutuk. cakap tak pakai otak. orang camni kalau mati tak wajib disembahyangkan. wajib dicincang2 bagi makan anjing je.
BalasPadamjangan lah marah ke JAIP, dia orang mana ada masa nak mencara hal kemudahan dan keselesaan orang awam, sibok dia orang tu nak tangkap bob lokman, nak tahan mat sabu, nak igat pembangkang kat masjid masjid, biar orang ramai buta agama, sibuk nak ganti AJK masjid yg pro pembangkang, biar jkkk yang cadang nama AJK masjid walaupun malaun tu sah kaki maksiat., asalkan tak ganggu gugat dan dendam kesumat tercapai.. nasib lah kita berada di negeri yang besar ini. undi lah BN. warga JAIP kerja lah dengan amanah. balasan akhirat menanti anda.
BalasPadamDUIT MUIP BANYAK....TAPI TAK LEH BANTU SEBAB NAK BELI HOTEL DAN LAIN2 HARTA ....Sori tak dapat tolong....
BalasPadamJAIP tak salah,MAIP pun begitu jugak,ingin memberi perkhidmatan semaksima mungkin kpd pelanggan. cuma hanya sering di ganggu oleh JKKK yang sibuk mencadang nama untuk AJK Masjid dan suka merepot hal kuliah, tazkirah dan ceramah , spt berlaku di sebuah masjid di kuantan dengan mencadang nama AJK yang jelas kaki maksiat, bersekongkol dengan puak puak UMNO bukan nak mengimarah masjid, dengki tak sudah sudah,cukuplah jadi lah orang yang beriman, berilmu dan berlapang dada.Allah melihat apa yang anda kerjakan.
BalasPadamBiasalah tu...
BalasPadamBenda kecikpun nak buat isu. Dah takde keje ke PDO ni. Apa kata PDO sama-sama turun padang buat operasi malam ni. Ada berani....?
BalasPadamPDO Bongkar dan bongkar lagi,..kepanasan nampaknya uuummnooo, tu lah banyak sangat baham projek. tegur dan bongkar sikit dah ketar kepala puak puak yang parti nya sedang mereput ini jenis tak kadar kediri, dah lama dah.. dok baham hak rakyat. dulu sibuk baham balak, lepas tu baham pasir, lepas tu baham tanah lombong laa ni dah tak dak apa nak baham. gege sama sendiri..undi umporno hancur, .ubah pulak.. pakatan rakyat indah seindah nama nya.
BalasPadamTanah masjid, tanah sekolah pun nak jual kat penang....he he he... guana yang kata indah sangat tu....esok lusa ambik lak tanah kubur....yang slamat tanah kuil, tanah tokong, tanah gereja...he he he...nak sokong mende gitu....
BalasPadamMahkamah Syariah Penang sedang dalam pembinaan lawa worr(7 tingkat lagi)..carik la info ni kat blog politik.Fb akan jumpa gambar bangunan baru tu,kerajaan perseketuan bagi duit..kerajaan negeri bagi tanah..Pahang??huahuahuahua...malang sikit yerr..maklumlah Mahkamah syariah ni kategori jabatan tak penting..kut nya
BalasPadamNajib beri 70 juta kepada LIM Guan ENG buat Mahkamah Syariah PenaNg? tak aci...mungkin dia ingat Mahkamah Syariah Pahang, sbb ejaan Penang Pahang tu lebih kurang jerr...
BalasPadamsy tengok kebanyakan negeri pembangkang yang dapat bantuan federal...kelantan, penang, Selangor(duit negeri kot?) buat mahkamah syariah. kedah pun federal yang kasi duit..(Rujukan dari UPE), mungkin di UPE tu tak de org Pahang kot? oghe kelate katenya memang ghamai kat situ
ye la mahkamah syariah ni memang tak penting pada depa sbb tadak hasil....tak macam jabatan balak, eh jab. utan yang banyak beri hasil... tp bila federal nak ambil alih, depa tak beri pulak...kata nak rampas kuasa negeri. sy kesian jugak tgk Hakim2 yang payah nak naik pangkat, ada antaranya yang berkhidmat 20 tahun lebih, baru naik gred 44, hakim Mahkamah Tingginya gred 48 je, sedangkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan KL dah Jusa C. saya sendiri yang berkhidmat baru 12 tahun dah naik gred 52(jabatan persekutuan). saya lihat senior saya di mahkamah Syariah Pahang baru naik 44 walaupun kebanyakannya dah berkhidmat lebih lama dari saya.
BalasPadam