script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hishamuddin: Kerajaan Benar 'Bersih 3.0' Kerana Di Anggap 'Tidak Menggugat Keselamatan' Negara!

KUALA LUMPUR 22 April - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini membenarkan sebarang perhimpunan aman pada masa akan datang termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan di ibu negara pada 28 April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat keselamatan negara. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto) berkata, hasil pemantauan awal kementerian menunjukkan perhimpunan aman tersebut tidak memerlukan kehadiran secara keterlaluan pihak polis seperti menggerakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kerana ia tidak menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan. "Sungguhpun begitu, FRU dan polis akan sentiasa dalam keadaan siap siaga 24 jam, tujuh hari seminggu... kita akan mengadakan perbincangan dan meminta persetujuan daripada kedua-dua belah pihak, dari segi apa yang nak dilakukan di lokasi perhimpunan yang sesuai dalam jangka masa yang realistik dan untuk perkara-perkara yang selamat. "Kalau ada kehadiran polis pun hanya untuk mengalu-alukan peserta perhimpunan ke kawasan yang akan ditetapkan kelak,” katanya pada sidang media di Program Ceria Gagasan Anak-anak Sembrong di Perantauan (GAASP) di Bukit Kiara, di sini hari ini. Menyentuh mengenai isu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi perhimpunan Bersih 3.0, Hishamuddin berkata, masyarakat perlu memandang rasional keputusan tersebut. "Jadi saya harap semua pihak perlu bersikap positif mengenai pemilihan lokasi kerana kementerian sentiasa bersikap terbuka namun penganjur perlu pastikan perhimpunan dibuat mengikut setiap prosedur yang ditetapkan dan bertanggungjawab ke atasnya,” katanya.

Hishammuddin berkata, pihaknya juga tidak menghalang penganjur perhimpunan aman untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka sebagai kawasan untuk berhimpun namun mereka perlu membuat permohonan kepada pihak pentadbiran stadium berkenaan terlebih dahulu. "Saya yakin dengan cara kerajaan kini yang bersikap lebih terbuka terhadap isu dan bantahan yang ingin disuarakan oleh pihak tertentu dan saya harap perhimpunan aman tersebut dapat dibuat dalam keadaan yang rasional dan realistik dan bukan untuk politikkan atau memecahbelahkan rakyat", katanya lagi.

[Kenyataan Hishamuddin ini terkadang ada baiknya, tetapi banyak yang menyindir sebenarnya. Alasan kerajaan benarkan perhimpunan ini dibuat mungkin bertujuan mahu menunjukkan seolah-olah kerajaan akur dengan kehendak rakyat terhadap perhimpunan aman. Mungkin juga mereka takut apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih 2.0 akan terjadi lagi kali ini. Lantaran itulah Hishamuddin terpaksa membuat kenyataan yang agak longgar kali ini. Namun, harus diingat dulu PM Najib Razak juga benarkan penggunaan stadium untuk rakyat berhimpun. Namun apa yang terjada, mereka meletakkan begitu ramai FRU untuk menggasak rakyat yang tidak berdosa. Gas pemedih mata dan water canon dihalakan kepada peserta himpunan. Itu belum termasuk yang dikejar dan ditangkap sesuka hati oleh pihak polis. Kini, ayatnya nampak berlembut tetapi kita harus ingat bahawa ini hanyala satu strategi dan tipu helah mereka semata-mata. Akhirnya apa yang berlaku tetap sama seperti yang sebelumnya. Maka, berhati-hatilah].

Share:

7 ulasan:

  1. Masih tenging-ing di telinga ku, cakap sepupu pondan ni nak beri Bersih 2.0 stadium supaya boleh melalak sampai pagi. Akhirnya stadium tak dapat, tapak but polis, hisap asap dan mandi free yang diterima peserta Bersih 2.0.

    Katalah apa-apapun mereka nak kata, yang pasti kita tak percaya pemimpin UMNO dan kita kearah nak jahanamkan UMNO/BN dalam PRU13.

    BalasPadam
  2. Dah memang tipikal pencacai Pakatan gitu lah.. kalau Anwar dan Nik Aziz suruh tadah muka dia nk kentut alasan bagi berkat pun pasti ramai yg akan beratur panjang. Begitu juga kalau Anwar dan Nik Aziz kata tahi dan air kencing lembu segar sedap dimakan dan berkhasiat utk kesihatan, pasti lembu2 dan tikus2 PKR/PAS akan berfebut2 masuk kandang lembu untuk cari tahi dan air kencing lembu.

    BalasPadam
  3. Apa la bebal sangat ko ni...ada akal pakai la...kalo benda tu da di fikirkan benda yg x logik akal buat apa nak ikut...bodoh punya orang..

    BalasPadam
  4. anonymous 1.23, berlapik sikit berbahasa, pernah nik aziz menghina awak?. , MACAM TIADA IMAN SAJA NAK KELUAR KATA KATA, KADAR lah kediri,JANGAN CARI DOSA, BETUL macam sahabat yg diatas tu sampaikan segala janji umporno bedaah belaka, tak boleh diharap, hari ini cakap esok berubah 100%. yang penting projek projek projek. menghina dan menuduh org puak puak awak lah yang kedepan.

    BalasPadam
  5. Kalau nak komen tolong komen cara berhemah jangan lah menghina sesama Islam tak baik dan berdosa.

    BalasPadam
  6. Tengok komen orang PAS macam orang tak sekolah.... iman jauh panggang dari api la

    BalasPadam
  7. bulan ka, dacing ka, roket ka... bahasa kena jaga... ada ilmu ada akal... jangan nampak macam tak bertamadun... buat malu bangsa saja...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.